" Kita perlu ambil tindakan segera ganti UMNO untuk selamatkan negara" - Abdul Hadi
Assalamualikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Kadang-kadang rasa nak ketawa pun ada, geram pun ada. Apa taknya, baru sekarang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyuruh ahli-ahlinya berubah kerana pilihan raya umum (PRU) akan di adakan bila-bila masa saja.
Yang kelakarnya tu, beliau berkata Pas akan mengantikan UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat dan orang-orang Melayu. Aduhi, memang kelakar kalau di dengar. Untuk menumbangkan dan menganti Umno adalah satu perkara yang wajib, kata Hadi Awang.
Kalau kita teliti dan nilaikan betul-betul 'Mandat, boleh dikata mandat jugalah dari Hj Hadi Awang ini, seolah-olah, dulu mereka-mereka ni (ahli Pas) memanglah jahat, jahat segala-galanya. kaki fitnah, suka mengkafirkan orang (terutamanya orang Umno). Kini Hj Adi Awang minta ahlinya berubah. Kononnya parti Pas lah yang akan membela nasib rakyat.
Apa yang penting, kita sebagai penyokong kuat kerajaan, jangan terpengaruh dengan dakyah yang di buat oleh Pas dan rakan kongsinya, PKR dan Dap (PR). Barisan Nasional yang di terajui oleh UMNO dan rakan-rakan komponen yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan yg lain, tetap unggul dan masih diterima oleh rakyat.
Kepada Pas, IBM cuma nak ingatkan supaya perbetulkan dulu kemelut dalaman di dalam Pakatan Rakyat (PR) terutamanya kemelut yg begitu meruncing dalam parti bini pertamanya, PKR yang satu hari nanti akan berkubur seperti parti semangat 46. Sebenarnya Pas memang rasa kempunan, begitu lama pemimpin-pemimpin mengidam nak menjadi Perdana Menteri dan menerajui Malaysia. Tapi...kesian...tak kesampian. Salah siapa..?..mengapa rakyat tidak boleh menerima mereka.?..persoalaan ini, biarlah Pas yang jawab.
Malaysia Aman tanpa parti pembangkang seperti Pakatan Reput, pakatan yang tidak begitu bersepakat di antara mereka. Wasallam. Ikhlas dari : IBM
No comments:
Post a Comment