Pages

Tuesday, February 8, 2011

Benarkah PAS Parti Islam ?

Bendera PAS yang berdiri tinggi, tapi sikap para pemimpin PAS tidak setinggi mana.
PAS mengadaikan Islam sebagai barangan yang boleh di pajakkan di Pajak gadai


ISLAM MENEGAH MENGAIBKAN SESAMA ISLAM

Salam pada semua.
Kita tidak tahu dari mana sumber hukum yang PAS dapat, sehingga berani pendapat bahawa mengumpat dan mencaci sesama muslim dibolehkan. Sedangkan dalam hukum Islam telah jelas bahawa :

"Mengumpat adalah dosa besar dan ia lebih berat daripada dosa berzina" - (Maksud hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Abu Syiekh dari Jabir dan Abi Saidi).

Di antara sebab dosa mengumpat lebih besar daripada dosa berzina ialah, orang berzina jika ia bertaubat dari dosanya Allah akan ampuni, kerana dosanya di antaranya dengan Allah sahaja. Tetapi bagi orang mengumpat orang lain, terutmanya sesama muslim, jika bertaubat dan memohon ampun, Allah tidak akan ampun selagi ia tidak memohon maaf kepada orang yang diumpatkan itu.

Walaupun terdapat keterangan tentang keharusan mengumpat, tetapi ada syarat-syarat tertentu da ada batas, masa, tempat dan keadaan tertentu. Bukan bebas boleh mengumpat secara sewenang-wenang, secara terbuka di tempat umum sepertimana yang silakukan oleh PAS dalam kempen dan ceramah politik mereka.

Sebagai penjelasan tentang kedudukan mengumpat, berikut dipetik keterangan al-Quran dan al-Hadis serta atsar berkaitan dengan larangan dan dosanya :
Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir daripada Ibnu Juraij bahawa satu ketika sebaik sahaja Salman al-Farisi selesai makan lalu ia tertidur dan ketika tidur ia mendengkur agak kuat. Salah seorang sahabat menyebut-nya (mengumpat) tentang sifat buruk (mendengkur) Salman itu kepada sahabat yang lain yang da di situ.

"Dan jangalah kamu mengumpat akan sebahagian yang lain. Apabila kamu suka salah seorang daripada kamu makan daging salah seorang di antara saudar kamu sendiri yang sudah mati? Maka pastikanlah kamu merasa jijik. Oleh itu bertakwakalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi maha penyayang. (Al-Hujurat ayat 12)


* Insyallah ini tidak berlaku di dalam UMNO. Marilah kita sama-sama menegakkan agama Islam, agama yang maha suci, dan tidak mempergunakan agama untuk tujuan politik seperti parti PAS. - IBM

No comments:

Post a Comment