Pages

Tuesday, February 15, 2011

KITA MENGALAH LAGI ....Bahagian Akhir....

Salam semua.
Bersambung dari episod yang lalu........

Bukan mustahil suatu hari nanti Melayu Selangor pula merasakan lebih bahagia tinggal di bumi bertuankan bukan Melayu. Dan bukan mustahil juga suatu hari nanti tokoh bukan Melayu diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.
Kita tidak boleh menghalang perubahan iniu berlaku kerana perlembagaan dan demokrasi membenarkannya. Apa yang jelas, mana saja bumi Melayu yang kaya dan perkasa akan hilang kuasa Melayu. Senjatanya ialah pembangunan. Ya, pembngunan dan kemajuan begitu mudah menghakis kuasa Melayu di mana saja.
Siapakah yang merancangkan pembangunan dan kemajuan ini kalau bukan pemimpin Melayu sendiri. Mereka megah dengan kemajuan negeri, tanpa menyedari dalam masa sama kuasa mereka semakin mengecil dan terhakis.
Pemimpin kita seronok mendapat wang, tapi orang lain mendapat kuasa !

Inilah yang berlaku di Selangor. Kemajuan dan permodenanya sukar disekat. Bangunan pencakar langit dan kediaman mewah semakin rakus dibina. Siapakah yang meluluskan semua pembinaan itu kalau bukan pemimpin Melayu sendiri. Semua Menteri Besar Selangor sejak dulu hingga sekarang masih Melayu.

Semua Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran semuanya Melayu. Inilah tangan-tangan keramat yang meluluskan semua projek mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Mustahil mereka tidak sedar. Semua pegawai kanan itu berkelulusan tinggi dan bijak pandai.

Namun di tangan para bijak pandai Melayu itulah nasib bangsa tergadai dan terhakis tanpa disedari. Kita mendapat wang, tapi orang lain mendapat kuasa !

Apabila ekonomi Melayu sudah terhakis, secara automatik kuasa politik juga ikut terjejas. Tanpa penguasaan politik kita tidak mampu berbuat apa-apa. Politik itu penggerak dan mencabar demokrasi. Dan atas nama demokrasi juga kita menjualkan kuasa demi mengejar kekayaan segera.

Hari ini kekuataan politik Melayu Selangor bukan lagi mutlak. Domanasinya sudah semakin susut. Melayu bukan lagi menjadi kuasa penentu di Selangor. Kebanyakan calon Melayu memerlukan sokongan bukan Melayu untuk menjamin mereka menang. Bantuan boleh diberi tetapi tentulah dengan bersyarat. Kita SELALU MENGALAH dengan pelbagai syarat ini. Kadang-kadang tuntutan tidak masuk akal kita terpaksa MENGALAH semata-mata menagih bantuan undi mereka dalam pilihan raya nanti.

Terbaru, kita MENGALAH dalam kemelut 'Novel Interlok'. Novel karya sasterawan agung negara itu sudah 40 tahun diguna dan dibaca, tetapi baru hari ini ia tib-tiba menjadi sensitif kepada kaum lain. Kita terpaksa MENGALAH dan melayan apa saja kemahuan rakan kita. Selepas ini apa pula tuntutan yang akan membuat kita kalah dan MENGALAH LAGI.

Sama-samalah kita lihat..!

IKHLAS : IBM

No comments:

Post a Comment