Pages

Thursday, February 24, 2011

Syukur....masih ada pemimpin Pas tidak menjadi "Syaitan Bisu"

“Alhamdulillah..rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Pas yang berani berkata benar "- Prof Madya Mohd Noor

[SUMBER : UMNOONLINE]

TEMERLOH 23 Feb – Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris bersyukur kerana masih terdapat pemimpin Pas khususnya kalangan yang dikatakan tokoh agamawan berani membuka mulut dan tidak menjadi “syaitan bisu” apabila sanggup menegur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau teguran Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berhubung soal pluralisme seharusnya menjadi ikutan dan “role model” kepada tokoh kepimpinan Pas yang lain dan bukannya sekadar menjadi pak turut atau pak angguk.

“Alhamdulillah..rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Pas yang berani berkata benar dan tidak mengutamakan soal politik dan mengejar mimpi menawan Putrajaya semata-mata . Ini sepatutnya menjadi contoh kepada Mursydiul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Jika dilihat dari satu aspek, nampaknya Harun Taib lebih berani membuka mulut daripada Mursyidul Am atau Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Cuma saya harap selepas ini, Harun tidaklah pula akan berkata sebaliknya,” katanya.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata fahaman pluralisme tidak sepatutnya wujud dalam kalangan umat Islam kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran serta akidah umat Islam.

Katanya Islam melarang sama sekali umatnya mengamalkan fahaman seumpama itu dan ia tidak boleh dicampuradukkan dengan ajaran agama suci itu.

Beliau seterusnya menegaskan, larangan itu tidak terbatas kepada sesiapa saja atau mereka yang mendukung fahaman tersebut, tidak terkecuali Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun beliau sendiri.

Ustaz Mohd Noor seterusnya mengharapkan keberanian Ketua Dewan Ulama Pas itu akan berterusan selepas ini khususnya dalam soal yang melibatkan agama Islam selain berani memberi teguran terhadap pucuk kepimpinan Pas khususnya Nik Aziz.

“Paling penting saya amat mengharapkan beliau memberikan penerangan kepada Nik Aziz soal kepimpinan Ahzab yang cuba menjatuhkan kerajaan Islam di Malaysia hari ini menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR.

“Itulah yang saya doakan dan moga-moga apa yang dicetuskan oleh Harun Taib hari ini berterusan demi kepentingan umat Islam di negara ini. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w yang mahukan kita bersama jemaah Islam dan jangan sesekali mengasingkan diri kita daripada jemaah berkenaan,” katanya. -MediaUMNO

DIHARAP TGNA AKAN SEDAR DAN INSAF. JANGAN JADI BAPAK SYAITAN - IBM

No comments:

Post a Comment