ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN.
Bila sesuatu isu yang hangat di tumbulkan, terutamannya apabila melibatkan salah laku Ketua Pembangkang, tak payah sebut nama, maka BN/UMNO lah yang di jadikan sasaran. Pengikut-pengikutnya akan berkata, ianya hanyalah helah untuk menjatuhkan maruah Ketua mereka. Memang itulah sikap pembangkang......
[SUMBER DARI : MALAYSIAKINI]
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan bekas menteri besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks yang cuba memalitkannya itu adalah bukti pembabitan Umno.
Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.
"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.
"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.
Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.
"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” katanya.
Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.
"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.
Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.
MEMANG ITULAH SIKAP PEMBANGKANG. PANDAI MAKAN, TAPI BILA BERAK SURUH ORANG BASUHKAN, DAN BERAK PULA MERATA-RATA TEMPAT. PUUUUUIIIIII.....! - IBM
No comments:
Post a Comment