Pages

Saturday, March 5, 2011

Gempar !! Ku Li jadi penasihat Akhbar Utusan Rakyat milik PR ??


Ku Li Wakil Rakyat BN Pertama Ditawar Sertai Utusan Rakyat

"Ku Li menyatakan sokongannya kepada penerbitan ini." - Nurul Izzah

Sejauh mana benarnya perkara ini, masih lagi tanda tanya. Kalau betul berlaku, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi wakil rakyat pertama BN yang ditawarkan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Editorial penerbitan akhbar 'Utusan Rakyat' terbitan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, setakat ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu masih belum memberi sebarang kata putus. Walaupun pernah memberikan sokongan terhadap penerbitan akhbat terbabit.

Perkara ini telah disuarakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, anak kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah. Beliau berharap Tengku Razaleigh dapat memberi maklum balas positif terhadap tawaran tersebut.

Menurut Nurul, Utusan Rakyat bukan dimiliki Pakatan Rakyat (PR) sepenuhnya sebaliknya rakyat berminat boleh membantu penerbitan ini. Penerbitannya akan ditumpukan di Perak, Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Difahamkan permohonan Utusan Rakyat akan mengambil masa dua bulan selepas panel khas KDN diketuai oleh Setiausaha Kementerian membincangkan keperluannya sebelum mengeluarkan keputusan.

BUAT MASA INI IBM TAK NAK KOMEN APA-APA. KITA TUNGGU SAJA AKAN KEBENARANNYA. JIKA AKHBAR UTUSAN RAKYAT INI DI LULUSKAN, DAN KU LI BENAR-BENAR MENJADI PENASIHAT AKHBAR TERSEBUT, BIARLAH PEMIMPIN-PEMIMPIN ATASAN UMNO MEMBUAT KEPUTUSAN MENGAPA PERKARA INI BOLEH BERLAKU. KITA TUNGGU DAN LIHAT - IBM

No comments:

Post a Comment