Pages

Thursday, March 10, 2011

Hangat !!..Anwar halau pemimpin Pakatan Rakyat (PR).??

"Mana-mana pemimpin yg ada kepentingan diri keluar dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan sentiasa yakin dengan keupayaan pakatan (PR) menawan Putrajaya." - Anwar

Oleh kerana malu, ramai di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang keluar parti, Anwar memberi kata dua kepada saki baki pemimpin PR supaya bersamanya atau tinggalkan PR. Katanya, mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak puas hati sekiranya tidak dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang 'dialu-alukan' untuk keluar dari PR kerana pakatan rakyat hanya memerlukan calon yang sanggup berkorban.

Menurutnya, PR memandang serius usaha memenangi PRU akan datang demi membawa perubahan kepada rakyat sebagaimana dinikmati rakyat Mesir dan Tunisia setelah pemimpin diktator mereka dijatuhkan.

Disamping itu, Anwar turut mendedahkan terdapat pemimpin PR yang dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk keluar dari parti masing-masing disamping cuba melaga-lagakan keutuhan hubungan tiga parti utama PR iaitu PKR, Pas dan DAP. Katanya lagi, kita mesti bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU yang akan datang memandangkan hanya peluang terbaik untuk menukar pemerintah sebagaimana berlaku di beberapa negara di Timur tengah.


Inilah kepala-kepala samseng yang Anwar harap-harapkan kekal bersama beliau untuk menawan Putrajaya. Memang senoning dengan panggilan PEROSAK RAKYAT (PR).

ANWAR SAMAKAN MALAYSIA DENGAN NEGARA MESIR DAN TUNISIA..?...DAH GILA KE SI NUAR NI..?. APAPUN MEMANG ANWAR INI DILIHAT SEBAGAI MAT JENING MODERN. ANGAN-ANGANYA DAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAKLUKI PUTRA JAYA HANYA SEBAGAI ANGAN-ANGAN MAT JENING. - IBM

1 comment:

  1. vulcan933 : Anwar is no 1 enemy in Malaysia. Say no to Pakatan Rakyat (PR)....

    ReplyDelete