KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau yakin riwayat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir jika pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan DAP tidak lagi menyokongnya.
Katanya pemimpin-pemimpin yang dimaksudkannya termasuklah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
“Kalau mereka jauhkan diri daripada Anwar, sudah pasti riwayat politik dia akan habis,” katanya di sini hari ini.
Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata beliau berpendapat pemimpin-pemimpin berkenaan terlalu taksub menyokong Anwar sebab mereka yakin kononnya Anwar boleh menawan Putrajaya.
KESIAN ANWAR. TAK KESAMPIAN CITA-CITANYA UNTUK MENAWAN PUTRA JAYA. MALAH SUNGAI BULOH JELAS MELAMBAI-LAMBAI AKAN KEDATANGAN BELIAU UNTUK MENJADI PENGHUNI YANG BARU.HEHEHE - IBM
No comments:
Post a Comment