IPOH, – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming mencetuskan kontroversi apabila tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke -12 Perak semalam sebagai perbuatan mencari politik murahan.
Katanya, ADUN DAP itu terpaksan mencari publisiti murahan kerana ketika ini rakyat tidak lagi menghiraukan mereka.
“Kini semua tertumpu di Sarawak dan pilihanraya umum akan datang. Jadi, cerita mereka sunyi, rakyat makin tak hiraukan mereka. Untuk mencari perhatian, dia timbulkanlah kontroversi murahan ini.
“Seharusnya, dia tahu adap sopan dewan sebab dia bukan baru dalam politik. Dah lama jadi ADUN. Sejak tahun 1999 lagi. Walaupun tindakan dia itu tidak melanggar peraturan dewan tetapi Kor Ming harus menghormati kesucian dewan dan juga kehadiran Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang merasmikan istiadat pembukaan DUN.
“Tindakannya ini benar-benar satu tindakan yang biadap. Dia sengaja tidak mahu menghormati dewan dan Sultan. Kor Ming tidak layak bergelar pemimpin kerana seorang pemimpin harus menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat. Harus menjaga etika diri. Bukan bersikap seperti ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Seharusnya, pakaian pada hari perasmian DUN adalah pakaian nombor satu iaitu pakaian istiadat dan bersongkok dan ianya sudah menjadi amalan sejak dahulu lagi.
”Selepas hari perasmian, barulah pakaian pililhan yang dibenarkan untuk dipakai. Kor Ming patut jelas mengenai perkara ini kerana telah 12 tahun menjadi wakil rakyat.
“Rakyat boleh menilai perangai Kor Ming. Tidak habis-habis mahu mencetuskan publisiti murahan. Orang lain semua boleh pakai pakaian istiadat, kenapa dia mahu membantah. Ini kurang ajar namanya,” tegas Shamsu. -MediaUMNO
KALAU DAH DASAR DARI KETURUNAN KOMUNIS, MAKA ITULAH SEBABNYA DAPig NI DAH NAIK TOCANG. PERANGAI MACAM SYAITAN. HARAP PAS DAPAT MENASIHAT RAKAN KONGSINYA INI SUPAYA PANDAI MENGHORMATI ORANG LAIN TERUTAMANYA BILA DEWAN NEGERI BERSIDANG. BODOH DAN BAHLOL PUNYA DAP - GERAM DAN NAIK ANGIN DIBUATNYA - IBM
No comments:
Post a Comment