06 APRIL
ASSALAMUALAIKUM SEMUA RAKAN-RAKAN PEMBACA YANG BUDIMAN.
DEMI MASA.........................
PERASMIAN WAKTU STANDARD MALAYSIA Tarikh Peristiwa : 06-04-1993 |
Pada hari ini dalam tahun 1993, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji telah merasmikan Waktu Standard Malaysia bertempat di SIRIM, Shah Alam, Selangor. Waktu Standard Malaysia merupakan waktu yang diselaraskan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) yang telah dilantik oleh kerajaan sebagai penyimpan Waktu Standard Malaysia pada 5 Ogos 1992 yang dipertanggungjawabkan mengendalikan sistem ini sebagai sumber rujukan yang unggul di Malaysia. Waktu Standard ini telah selaraskan dengan standard frekuensi, masa dan waktu yang diselenggarakan oleh National Institute of Standard and Technology (NIST) serta United State Naval Observatory di Amerika Syarikat. Pada majlis tersebut, Tan Sri Ahmad Sarji telah menekan satu butang yang menandakan bermulanya Waktu Standard Malaysia tepat pada pukul 10:01 pagi dan 24 saat (10:01:24). Dalam ucapannya, beliau telah menyatakan dengan pertumbuhan pesat sektor perindustrian berteknologi tinggi, keperluan untuk merujuk kepada pelbagai standard pengukuran adalah sesuatu yang wajib bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan. Lanjutan daripada ini, kerajaan telah menetapkan agar Waktu Standard Malaysia disebarkan kepada umum yang melalui RTM, TV3 dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad.
SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |
No comments:
Post a Comment