SABOTAJ KERETAPI OLEH PENGGANAS KOMUNIS Tarikh : 12-04-1956 |
Pada hari ini 12.4.1956, pengganas-pengganas komunis telah meletupkan landasan keretapi di Tapah, Perak. Ini menyebabkan kegelinciran keretapi yang dahsyat dalam sejarah Darurat. Letupan itu telah menyebabkan kepala keretapi dan 8 buah gerabak barang-barang tergelincir dari landasannya. Pihak komunis telah menggunakan dinamit untuk meletupkan 150 kaki landasan keretapi itu. Walau bagaimanapun, tidak ada nyawa yang terkorban, hanya 3 orang mendapat kecederaan. Kerugian kepada pihak Kerajaan telah dianggarkan lebih dari RM 100,000. Pengganas komunis telah melakukan berbagai kerosakan, keganasan dan kacau bilau sepanjang tempoh darurat 1948-1960. Walaupun begitu perjuangan mereka tidak mendapat tempat di hati rakyat negara ini. WALAUPUN ERA KOMUNIS TELAH BERLALU, TAPI SEGALA KENANGAN PAHIT YANG MEREKA LAKUKAN KEPADA RAKYAT JELATA, MASIH LAGI TERASA. KINI....TINGKAT LAKU KOMUNIS DI MASA ITU TELAH MULA BERTAPAK SEMULA DI ZAMAN MODERN INI YANG CUBA DIHIDUPKAN KEMBALI OLEH SALAH SEBUAH PARTI PEMBANGKANG DENGAN BANTUAN DAN NASIHAT DARI NEGARA JIRAN. KEPADA RAKYAT MALAYSIA, HARAP-HARAP BERHATI-HATI. INI BUKAN HASUTAN, TAPI REALITINYA AKAN TERJADI SEKIRANYA KITA TIDAK BERWAS PADA. IKHLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |
No comments:
Post a Comment