26 APRIL
ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH DI NEGERI PERAK.
SULTAN AZLAN SHAH ANGKAT SUMPAH SEBAGAI Tarikh Peristiwa : 26-04-1989 |
Pada hari ini dalam tahun 1989, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahu-llahu Shah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan di Istana Negara. Dengan ini, sempurnalah giliran raja-raja Melayu menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan negara. Sultan Azlan diputerakan di Batu Gajah, Perak pada 19 April 1928. Baginda mendapat pendidikan di sekolah Melayu yang kini dikenali sebagai Sekolah Dato’ Seri Wangsa; Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah yang kemudiannya dinamakan Sekolah Menengah Sultan Yusuf hingga tamat ‘School Certificate’; tingkatan enam di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan University of Nottingham, England dalam jurusan undang-undang. Setelah kembali ke tanah air, baginda berkhidmat dalam kerajaan negeri Perak sebelum memasuki perkhidmatan kehakiman dan undang-undang dua tahun kemudian. Sebelum dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa pada 26 April 1984, baginda menjadi sultan bagi negeri Perak dan jajahan takluknya pada 3 Februari 1984. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1989 hingga 25 April 1994. Kearifan dan keunggulan baginda dalam bidang undang-undang telah membawa kepada kecemerlangan negara. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM [SUMBER : ARKIB NEGARA] |
|
No comments:
Post a Comment