Pages

Thursday, April 7, 2011

Kematian Sarbani. Mungkinkah ada unsur khianat??


Assalamualaikum Semua Rakan-rakan pembaca yang budiman.

Mari kita sedekahkan "AL-FATIHAH" kepada Allahyarham Sarbani yang telah kembali ke rahmatullah, walaupun kematian Allahyaraham dianggap satu "MISTERI". Hanya Tuhan saja yang tahu punca kematiannya. "AL-FATIHAH".......

Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

NONE

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

NONE

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.


NAMPAKNYA PIHAK PEMBANGKANG AKAN MENGUNAKAN ISU INI UNTUK BUAT MODAL KEMPEN MEREKA DI PRN SARAWAK DAN TERUS MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MEMBENCI DAN MENOLAK BN. INGIN IBM KATAKAN KEPADA PEMBANGKANG, JANGAN CUBA BERMAIN API, KELAK TANGAN SENDIRI AKAN TERBAKAR. BIAR PIHAK POLIS DAN SPRM MEMBUAT SIASIATAN TERPERINCI. IKHLAS DARI : IBM


No comments:

Post a Comment