Pages

Sunday, April 24, 2011

Koleksi Kata-Kata Hikmah


ASSALAMUALAIKUM SEMUA PEMBACA YANG BUDIMAN.

Kata-kata Hikmah dapat dianggap sebagai wancara sosial. Wancara ini penting dalam hubungan manusia dan ekspresi individu bagi menyampaikan berbagai-bagai nilai, perasaan dan fikiran. Melalui wancara ini pelbagai persoalan, obsesi, perjuangan dalam kehidupan dapat disampaikan, dibentuk dan malah dipanjangkan. Mari kita renungi kata-kata Hikmah di bawah ini yang bertajukan "DIAM" :-

> Berdiam diri adalah unsur terbesar bagi membentuk perkara besar.

> Berdiam diri sering kali menjadi perhiasan terbaik bagi seorang
wanita.

> Berdiam diri adalah duta yang sempurna daripada kegembiraan.

> Berdiam adalah sebahagian daripada displin rohani dalam menunjang kebenaran.

> Diam bukanlah cara bagi membuktikan kesalahan.

> Diam adalah senjata yang ampuh.

> Dalam diam, orang dapat berfikir tenang dan ketenangan inilah yang dapat menguasai keadaan.

> Kerana pengalaman hidup yang banyak dan menyedihkan maka orang belajar berdiam diri.

> Orang yang diam, menahan segala urusan dalam tangannya sendiri.

> Sikap diam tidak merugikan orang lain.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

No comments:

Post a Comment