ASSALAMUALAIKUM SEMUA.
BERITA YANG MENGEMPARKAN. MAI BACA, JANGAN TAK BACA........
SHAH ALAM – Tindakan trio Datuk T yang menyiarkan video seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang, bakal menerima padah kerana akan didakwa dalam tempoh terdekat, atas kesalahan menayang atau mengedar bahan lucah.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini, tiada keperluan untuk polis menahan trio Datuk T, sehingga kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, esok atau Khamis ini.
“Bukan polis yang akan menentukan sama ada mereka (Datuk T) akan ditahan tetapi semuanya akan diputuskan oleh Peguam Negara setelah kertas siasatan dihantar.
“Jika ditahan, mereka berkemungkinan akan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar atau menyiarkan bahan lucah bagi tontonan umum, kerana mereka penyiarnya” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mengulas lanjut katanya, jika didapati bersalah, trio Datuk T boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa kertas siasatan yang dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 8 April lalu diserahkan semula kepada polis, beliau berkata, terdapat dua perkara yang perlu ditambah baik.
“Jika boleh, kita akan hantar kertas laporan ini semula kepada Pejabat Peguam Negara, seawal-awalnya Khamis ini. Sementara ini, kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak yang menyediakan dua perkara yang berkait rapat dengan pendakwaan tersebut,” katanya.
Ketika ditanya sama ada polis mempunyai kuasa bagi menahan pelaku yang sudah dikenal pasti itu, beliau berkata, polis tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.
“Kita kena rujuk kepada Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku,” katanya.
YANG SYOK MAIN TAK KENA APA-APA, YANG MELAPURKAN AKAN DI DAKWA. OH, MALANG NASIB TRIO DATUK T. TAPI...APA PUN PERKARA INI BELUM LAGI BERAKHIR. ADA RUANG UNTUK MEREKA MEMBELA DIRI. KEBENARAN AKAN TERCETUS. TURUT SIMPATI KE ATAS TRIO DATUK T. KEPADA MEREKA BERTIGA, CEKALKAN HATI. IKHLAS DARI : IBM
No comments:
Post a Comment