Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih teruja meraikan kejayaan besar parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak. Seperti yang dijangka percaturan DAP mempergunakan Pas dan PKR membuahkan hasil.
Rasanya keyakinan Kit Siang melonjak dengan misi DAP akan mencapai kemuncaknya pada pilihan raya umum akan datang. Semuanya kerana formula beliau memainkan sentimen perkauman melampau telah memikat pengundi Cina di Sarawak
Ketika Perdana Menteri, Najib Tun Razak komited menyatukan pelbagai kaum, Kit Siang membakar sentimen kaumnya. Pendekatan DAP menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan dan menafikan orang Melayu, amat berbahaya.
Seingat kita, DAP tidak pernah bersuara membela nasib orang Melayu yang miskin terutama di luar bandar. Perhatian kepada kaum India juga sekadar di bibir.
Sebab itu, kita menganggap DAP adalah parti paling rasis. Berselindung di sebalik slogan demokrasi dan kesamarataan untuk semua kaum tetapi agenda utama parti itu hanya untuk kaum Cina. Pemimpin dan ahli kaum lain seperti India dan Melayu, hanya menjadi tukang seri.
Pada hari ini, ramai melihat DAP adalah parti milik Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Kita masih ingat cakap-cakap sebelum ini bahawa Kit Siang seorang diktator dalam parti.
Beliau tidak boleh ditegur. Beberapa pemimpin DAP yang berkualiti terkeluar daripada arus perdana parti itu sejak lebih tiga dekad lalu hanya kerana mengkritik kepimpinan Kit Siang.
Dari segi strategi, kita tahu sangat muslihat beliau. Orang Melayu yang pendek akal sahaja akan termakan umpannya. Kita juga tidak gundah atas apa sahaja dakwaan, tuduhan apatah lagi provokasi beliau. Kit Siang sendiri adalah politikus yang tidak sebersih mana.
Khabarnya, ada kisah tertentu tentang beliau yang mula jadi bahan bualan. Partinya juga banyak kepincangan dan keburukan. Terbaru, Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin dan aktivis parti itu bagi mengaut banyak projek. Kerja-kerja yang sepatutnya milik kontraktor bumiputera kelas F juga disapu.
Itu yang kebetulan terdedah dalam siasatan suruhanjaya. Tidak mengejutkan jika lebih banyak berlaku salah guna kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Bayangkanlah kalau DAP memerintah lebih lama di negeri-negeri itu, bukan sahaja kaum lain akan ditindas seperti berlaku di Pulau Pinang malah rasuah menjadi parah.
Padanlah Kit Siang selama ini bermati-matian mengalihkan isu kepada kematian Beng Hock bagi menutup pokok persoalan iaitu siasatan SPRM terhadap rasuah dan salah guna kuasa parti DAP. Bolehkah bangkai gajah ditutup dengan nyiru?
Persoalannya lagi di mana integriti DAP dalam melawan rasuah yang sepatutnya menjadi contoh dan kalau benar kononnya parti itu mencerminkan pemikiran kaum Cina?
Apa pun, Kit Siang harus memikul tanggungjawab jika sesuatu yang buruk melanda negara akibat daripada sentimen perkauman dahsyat yang beliau corakkan.
KESIMPULANNYA, MEMANG DAP RASIS, INI DIAKUI SENDIRI OLEH RAKAN KOMPONEN BARISAN NASIONAL , MCA. SAYA DENGAR SENDIRI DARI MULUT PEMIMPIN-PEMIMPIN MCA YANG RAPAT DENGAN SAYA. IKHLAS DARI SAYA : IBM
No comments:
Post a Comment