Pages

Saturday, April 9, 2011

Program untuk golongan muda perlu ikut minat mereka - PM


PEKAN, 9 AprilPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap program yang dirancangkan kepada golongan muda atau belia dilaksanakan berdasarkan minat mereka.

Beliau berkata sesuatu program untuk golongan muda bukanlah sekadar ditentukan orang dewasa semata-mata sebaliknya dilaksanakan berdasarkan keinginan golongan itu.

“Kita tidak mahu sesuatu program untuk belia adalah sesuatu yang kita tentukan kerana bukan semua yang kita (orang dewasa) suka, mereka suka tetapi kita perlu minta mereka nyatakan kesukaan dan minat mereka.

“Dengan cara sedemikian pastinya akan mendapat sambutan yang meriah,,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Kelab Kawan Motorsports yang dihadiri lebih 500 ahli kelab itu di kediamannya di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Presiden Kelab Kawan Motorsports Mohd Rosdi Alizah.

“Pendekatan ini merupakan satu strategi untuk mendekatKan golongan muda sesama kita,” katanya.

Najib berkata generasi baru juga perlu dibentuk dengan segala kemahiran, sikap, nilai pegangan dan mempunyai sesuatu matlamat hidup yang murni agar dapat mewarisi negara kelak.

“Segala usaha gigih dan perancangan yang dilakukan pada hari ini seperti Model Baru Ekonomi (MBE), Pelan Transformasi Kerajaan ( GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan perjalanan transformasi negara ada kesudahannya adalah untuk mereka.

“Jika ingin mereka mewarisi negara kita nanti maka adik-adik sekalian (golongan muda) mesti bersedia untuk menyahut obor perjuangan kita,” katanya.

KALAU BOLEH, BUATLAH PROGRAM YANG BERTERUSAN, JANGAN SEKERAT JALAN ATAU PROGRAM YANG DIKATAKAN PROGRAM SYOK SENDIRI. IKHLAS DARI : IBM


No comments:

Post a Comment