Pages

Saturday, April 16, 2011

Sampai ke tua Anwar berangan jadi Perdana Menteri

Keratan dari sebuah Akhabar baru-baru ini

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

DS ANWAR MASIH LAGI BERANGAN UNTUK KE PUTRA JAYA DAN MENJADI PERDANA MENTERI. APA PANDANGAN ANDA SEMUA..?

BATU PAHAT, April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi meminta agar semua penyokong pembangkang agar berhenti bermimpi untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana tegasnya pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah membuktikan bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk menjadi pemimpin sekaligus Perdana Menteri kerana sudah hilang kredibiliti termasuk pelbagai kemelut yang melanda peribadinya.

“Saya minta agar semua penyokong pembangkang buka mata. Selama ini mereka yakin bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan isteri terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya hanya berdasarkan apa yang ditulis oleh RPK.

“Pendedahan dan pengakuan RPK bahawa kenyataanya hanyalah berdasarkan desakan beberapa individu termasuk Anwar Ibrahim yang tidak mahu melihat Najib menjadi Perdana Menteri, sudah pasti menjawab segala tohmahan dan fitnah,” katanya kepada UMNO-Online di sini.


"Bagi saya, kredibiliti Anwar telah hancur sama sekali" - Dr. Mohd Puad

Katanya lagi, fitnah yang dibuat oleh pembangkang terhadap Najib adalah sesuatu yang amat kejam dan melampaui batas kerana ianya adalah tuduhan membunuh.

“Anwar sebenarnya sedar, sekiranya Najib menjadi Perdana Menteri, banyak perubahan yang bakal dibawa dan pendekatan Najib amat baik dan boleh diterima rakyat. Najib adalah penghalang utama untuk Anwar bergelar Perdana Menteri dan dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mencapai hajatnya.

“Bagi saya, kredibiliti Anwar telah hancur sama sekali. Pendedahan RPK membuktikan segalanya. Ternyata Anwar seorang yang tidak mempunyai moral dan bakal menhancurkan negara sekiranya dia menjadi pemimpin. Dia tidak layak sama sekali.

“Sekiranya masih ada yang menyokong Anwar, saya benar-benar rasa pelik. Apa lagi yang mereka mahu untuk membuktikan bahawa Anwar adalah orang yang kotor dan rendah moral,” katanya.

Oleh itu, beliau mendesak agar pihak polis segera menyiasat empat individu yang disebut oleh RPK iaitu Nik Azmi Nik Daud, John Pang, Din Merican dan Lefternan Kolonel Azmi Zainal Abidin untuk mengukuhkan lagi dakwaan RPK bahawa Najib dan isteri tidak terbabit sama sekali dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. -MediaUMNO

"Hai, jumpa saya 16 April di Putra Jaya. Saya dah jadi Perdana Menteri" - Anwar

ANGAN-ANGAN MAT JENING ANWAR BERTERUSAN. KESIAN DIA, KESIAN DIA. IKHLAS DARI : IBM

No comments:

Post a Comment