Memang kebelakangan ini, Pakatan Rakyat di Selangor selalu cakap merapu, para pemimpinnya begitu angkuh bila berkata-kata seolah-olah negeri Selangor ini akan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya. Saya setuju dengan apa yang di katakan oleh YB Ketua Penerangan UMNO Selangor supaya Pakatan Rakyat tidak terlalu angkuh, kelak akan memakan diri..........
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor diingatkan agar jangan terlalu angkuh, ego dan memandang ringan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menawan semula sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau yakin hasrat itu akan dapat dicapai dengan perkembangan positif dari segi penerimaan rakyat Selangor terhadap Barisan Nasional (BN) yang banyak melakukan perubahan di negeri itu.
Menurutnya, pelbagai usaha akan terus digerakkan untuk mendekati pengundi-pengundi di Selangor walaupun kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan sebagai ‘angan-angan Mat Jenin’.
“PR di Selangor perlu berwaspada dengan perkara ini kerana apa sahaja yang dilakukan oleh mereka sedang diperhatikan rakyat negeri itu apabila banyak janji pilihanraya yang lalu masih belum ditunaikan dan terbaru buku jingga dilancarkan dengan menabur janji baru yang retorik semata-mata.
“Penerimaan rakyat Selangor terhadap lawatan Tan Sri Muhyiddin menjadi bukti sokongan terhadap pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Abdul Shukor juga yakin hanya BN mampu memberikan kepentingan yang boleh menjamin masa depan anak bangsa bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment