Pages

Friday, May 20, 2011

Akan berkuburkah PKR...??

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

'Jangan kata ini kerja UMNO'. Mungkin ini akan dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ekoran pembatalan pendaftaran parti mereka oleh ROS. Setiap kali permasalahan parti mereka, juga melibatkan 'Punahsihat' mereka, PKR akan menyalahkan Umno. Itu kerja Umno dan semuanya itu telah dirancang oleh Umno. Ini satu tuduhan yang melulu yang harus di hentikan.


Perkara ini telah disuarakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dan beliau menjelaskan tindakan Pendaftar Pertubuhan (POS) memberi surat tunjuk sebab kepada PKR sehingga parti itu boleh diharamkan bukanya kerja UMNO.

Perkara itu langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO, dan beliau berharap perkara itu dapat diteliti dengan baik dan ROS perlu menyediakan ruang bagi PKR merayu. Seterusnya, beliau menyatakan kejatuhan sesebuah parti adalah disebabkan parti itu sendiri dan UMNO juga pernah diharamkan oleh ROS suatu masa dahulu akibat masalah yang berlaku dalam UMNO itu sendiri.

IBM : Kepada pemimpin-pemimpin PKR dan penyokong-penyokong tergarnya, terimalah hakikatnya bahawa masalah dalam parti PKR itu sendiri harus diperbetulkan, dan jangan sewenang-wenangnya menuduh orang lain yang menjadi dalang di sebalik pembatalan tersebut. Duduk depan cermin dan cerminkan diri tu dahalu. Apapun, ini menunjukan parti PKR semangkin hampir ke alam kemusnahan dan akan berkubur. Itulah doa rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, bukan penipuan demi penipuan seperti yang dilakukan oleh parti PKR, Parti Kelentung Rakyat.

No comments:

Post a Comment