Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata tiada gerakan belia yang akan menyokong sebuah pentadbiran yang diselubungi amalan kronisme dan rasuah di peringkat paling tinggi kuasa.
“Saya tidak takut sama sekali,” kata beliau pada sesi bersama 200 profesional muda di sini petang ini.
“Tiada pergerakan belia akan menyokong sistem yang merosot akhlak, rasuah, sudah usang. Saya pasti mereka (pengundi muda) tidak akan mempertahankannya,” tegas Anwar.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju.
PR meletakkan sasaran untuk menawan kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa.
Putrajaya dilihat sebagai simbol kerajaan pusat dan dijadikan ukuran prestasi sokongan oleh kedua-dua BN dan PR.
Najib berkata, beliau gembira kerana berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak, sejuta orang muda berhimpun di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya.
“Di Malaysia, satu juta belia berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.
“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin.
Dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, Najib yang juga presidennya berkata, Putrajaya harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
IBM : Kepada Anwar, kami sudah bersedia untuk mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan PR dan kami juga telah bersedia untuk menguburkan PKR dan seterusnya menghumban kamu ke dalam jaring besi di Sungai Buloh. Jangan perbodohkan rakyat khususnya para belia. Mereka sudah tahu tembelang kamu.
No comments:
Post a Comment