Pages

Wednesday, May 25, 2011

BILALAH MELAYU AKAN BENAR-BENAR BERSATU ?

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH


Dengan selamba saja Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO bukan terlalu lemah sehingga terpaksa mencari kawan dengan PAS. Rata-rata ungkapan itu sesungguhnya Najib telah membangkitkan satu nada suara orang Melayu supaya menyedari itulah perbezaan antara UMNO dengan PAS.


Namun begitu, PAS tidak pernah dianggap satu pertubuhan politik yang mengancam kewujudan UMNO walaupun kedua-duanya terdapat kepincangn yang melanda dari masa ke semasa, terutama ketika berdepan dengan pilihan raya kecil mahupun yang besar.

Ketika itu masing-masing mahu mencari pengaruh dan timbul kata mengata, jawab menjawab dan ternyata dilihat kedua-dua parti itu tidak mudah mencari satu haluan walaupun ia dilihat UMNO dengan Melayu dan Islam, PAS pula Islam dan Melayu.


Tentunya masyarakat umum melihat UMNO telah dari mula mempersembahkan diri sebagai badan politik yang sedia berkerjasama dengan parti-parti lain walaupun bukan Islam seperti MCA, MIC dan parti-parti mewakili kaum etnik Sabah dan Sarawak yang akhirnya PAS juga bersepakat dengan DAP dan Keadilan.


Perbezaannya PAS walaupun mewakili orang Islam tetapi gagal mengetuai barisan pembangkang, tidak sepertimana UMNO mengetuai Barisan Nasional. Walaupun dari parti-parti sekutu barisan pembangkang lain menganggap PAS adalah parti ke tiga bersama mereka dan tidak kurang yang menganggapnya cuba membawa identiti dan budaya Arab, tidak mudah akan menjadi pemimpin hadapan untuk mengekalkan maruah Melayu dan Islam pada bila-bila masa selagi mereka bersekongkol dengan parti seperti DAP dan PKR.


Sebagai contoh yang dikatakan anggota PAS lebih menonjolkan pakaian berserban, berjubah, berjanggut sejemput mengambil sunnah Nabi, bercakap menggunakan 'ana' (saya), 'ente' (awak), menamakan Kelantan di bawah perintahannya 'Serambi Mekah', sudah cukup untuk PAS sedang mengasingkan diri daripada masyarakat umum.




Pertubuhan Tabliq pun berpakaian begitu, berdakwah walaupun persembahan mereka menyerupai anggota PAS, tetapi tidak berkecimpung dalam politik secara terang-terang walaupun ramai diantara anggota mereka juga kebetulan ahli PAS.



Kalaulah PAS bukan parti yang tidak membawa identiti menyerupai budaya Arab, pastinya semua orang Melayu akan berminat menyertai PAS dan UMNO akan mengecut dengan cepat dan akhirnya bungkus dalam gulungan permaidaninya.



Ada ungkapan yang mengatakan bahawa musuh UMNO adalah DAP, PAS dan PKR. Sebaliknya dalam keadaan tertentu jika diteliti, barisan parti pembangkang itu memusuhi UMNO. Antara buktinya ada orang UMNO yang tidak dibenarkan memijak surau kelolaan PAS tetapi surau yang dikelola UMNO tidak menghalang anggota PAS menggunakan surau mereka.


Kalau pembangkang dianggap musuh Barisan Nasional misalnya, kerajaan di bawah pemerintahan BN tidak akan benarkan pembangkang mengguna kemudahan hospital kerajaan dan banyak lagi seperti bomba, polis antaranya yang dikelolakan kerajaan atau sekurang-kurangnya kerajaan BN mempunyai saham terbesar di dalamnya.

BN atau UMNO membuka kubunya untuk pembangkang berkempen semasa pilihan raya kecil. Tetapi banyak yang didedahkan, orang BN diserang dan dihalang untuk mengadakan kempen di kubu kuat pembangkang.

Si tua bangka ni pula tak mengaku dia Melayu

Di sinilah yang dikatakan kepincangan berlaku antara fahaman parti masing-masing yang tidak begitu mudah untuk kedua-dua pihak PAS dan UMNO duduk berbaik-baik di meja bulat mencari formula membaiki keadaan keseluruhan orang Melayu dengan mengenepikan budaya pembawakan masing-masing kerana kedua-dua parti itu sudah pasti orang Islam sama ada ia disebut Melayu Islam atau Islam Melayu.


Masing-masing kena menerima keadaan kita yang mempunyai tamadun kita sendiri, kita ada budaya, kita ada adat, kita ada bahasa dan kita juga mempunyai identiti Melayu yang separas dengan peningkatan kemajuan walaupun dari segi pakaian.


Hari ini bukan mudah kalau mahu membezakan ini Melayu town, ini Melayu kampung, ini Melayu bandar dan ini Melayu educated dan tidak educated dan sebagainya. Masing-masing sudah pandai menyesuaikan diri. Tetapi jika selagi ada puak yang tidak mahu dan dengan sengaja tidak mahu menyelaraskan persembahan diri dalam masyarakat seperti majoriti Melayu lain, maka payahlah untuk orang Melayu mengisi komponen bercirikan identiti Melayu sebenar.


Buruknya keadaan, hingga ada yang mengatakan Melayu hanya akan bersatu apabila perperangan atau pergaduhan kerana di situ Melayu akan benar-benar bersatu memperjuangkan bangsanya. Kalau itulah formulanya, memang buntulah Melayu dalam mencari resolusi perpaduan sesama sendiri untuk mengekalkan generasi akan datang menjiwai asas perpaduan.

Selagi Melayu bercakaran sesama Melayu, perpaduan yang bagaimana Melayu boleh kembali bersatu mempertahankan negara ini supaya ia kekal dimiliki bersama sepertimana asalnya perjanjian kita dengan bangsa-bangsa lain.


Ramai yang sudah lupa pepatah datuk nenek moyang kita kata "hiduplah kita seperti sebatang penyapu lidi" รข€“ 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' yang sepatutnya menjadi slogan keramat kita daripada kita cipta macam-macam slogan lain yang begitu rapuh apabila ia dijadikan modal asas perjuangan politik hingga orang lain boleh mengambil kesempatan mentafsiran dengan cara mereka.


Balik-balik , kita dengar, 'Melayu takkanilang di dunia', 'Satu Malaysia, One Malaysia' di sana sini. Pastinya kita boleh tengelam hanya dengan mewahnya ciptaan slogan sahaja.


IBM : Sampai kita mengemis di negara sendiri kot. Tapi, masa itu sudah terlambat. Sayang semuanya sudah terlambat. Dan akan menjadi realiti, Melayu akan hilang di bumi Malaysia dan dunia. Fikir-fikirkanlah.


SUMBER : LESUNG BATU.

No comments:

Post a Comment