Pages

Tuesday, May 17, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

17 MEI
Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.
HARI INI DALAM SEJARAH :

RANG UNDANG-UNDANG SENJATA API 1974 DILULUSKAN
Tarikh Peristiwa : 17.05.1974

Pada hari ini 17.5.1974, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang Senjata Api (Penalti lebih Berat) (Pindaan) 1974. Rang Undang-Undang itu merupakan pindaan kepada Rang Undang-Undang Senjata Api 1971. Para senator ynag membahaskannya, keseluruhannya berpendapat undang-undang itu adalah perlu bagi mengatasi kejadian jenayah yang menggunakan senjata api. Di samping itu ia dapat menyekat kegiatan anasir-anasir tertentu yang membekalkan senjata apai kepada penjenayah untuk menimbulkan huru hara.

Rang undang-undang Akta A256 itu mempunyai kuasa termasuk :-

  1. Penjenayah yang memiliki senjata api semasa menjalankan kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan sebat enam kali.
  2. Orang ramai yang bersubahat mengetahui orang-orang yang membawa senjata api boleh dihukum penjara selama empat belas tahun dan sebat enam kali.
  3. Memperniagakan senjata api boleh juga dikenakan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup serta enam kali.
  4. Seorang yang menggunakan senjata api tiruan untuk menakutkan orang lain boleh dikenakan hukuman penjara selama sepuluh tahun serta sebat sebanyak tiga kali.

Berkuatkuasanya undang-undang Senjata Api yang diluluskan oleh Dewan Negara pada hari ini dalam tahun 1974, membuktikan satu lagi perhatian berat yang diberikan oleh kerajaan daalm menjamin keselamatan orang ramai.

Senjata yang kerab digunakan oleh para penjenayah di masa kini.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA

2 comments:

  1. nasib baik ada akta yg mampu melindungi orang awam dari menjadi macam negara koboi tu! sikit2 tembak orang, sikit2 tembak diri sendiri!

    kita ada juga kes2 tembak menembak ni tapi masih terkawal dgn adanya penguatkuasaan undang2 senjata api. kalau tak, semua orang boleh main star wars!!

    ambo tak rajin lagi pegang senapang ka, pistol ka. pistol air pernahla main zaman budak2 dulu! masa bersilatpun pakai keris, pedang & rotan saja berlatih. tu pun dah rasa kecut perut, takut terkena kwn...

    ReplyDelete
  2. berperang?







    Politik BN Politik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete