Pages

Wednesday, May 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

18 MEI


Assalamu'alaikum w.b.t dan salam Ukhwah.
HARI INI DALAM SEJARAH :

PEMBUKAAN JALAN KERETAPI TELUK ANSON
18.05.1893

Pada hari ini 18.5.1893 jalan keretapi antara Teluk Anson ke Batu 16, Tapah, telah dibuka dengan rasminya untuk lalulintas. Upacara ini disaksikan oleh pembesar-pembesar negeri termasuk Gabenor Cecil Clementi, Residen Perak, Sir Frank Swettenham, Penguasa Hilir Perak dan Pegawai Kanan Keretapi serta pelawat-pelawat jemputan. Jalan Keretapi Teluk Anson ke Tapah sepanjang 16 batu ini adalah yang keempat dibuka di Negeri Perak. Jalan Keretapi pertama antara Taiping dengan Port Weld sejauh 8 batu telah dibuka pada 1 Januari 1885, manakala jalan keretapi kedua antara Taiping dengan Kemunting dibuka pada 6 Mei 1890. Pada 1 Julai 1892 jalan keretapi ketiga sepanjang 5 batu antara Kemunting dengan Hulu Sepetang pula di buka kepada lalu lintas. Seperti pembukaan jalan keretapi lain pembukaan jalan keretapi Teluk Anson-Tapah ini juga adalah bertujuan memudahkan pengangkutan penumpang-penumpang dan juga barang-barang. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi ini, telah menghadapi banyak kesulitan kerana sebuah jambatan terpaksa dibina merentasi Sungai Bidor yang terletak kira-kira 2 batu dari bandar Teluk Anson. Pembinaan jambatan sepanjang 550 kaki ini mengambil masa selama 2 tahun dan siap pada bulan Mac tahun 1893. Sempena dengan perasmian jalan keretapi Teluk Anson Tapah ini, satu upacara khas memasang penghubung terakhir di jambatan Bidor tanda perasmiannya juga dilangsungkan. Dari jambatan Bidor rombongan ini meneruskan perjalanan mereka ke Stesen Keretapi Tapah dan tiba pada jam 12.15 tengahari, Rombongan berangkat pulang ke Teluk Anson pada jam 6.00 petang. Perasmian pembukaan Jalan Keretapi Teluk Anson-Tapah pada hari ini dalam tahun 1893 adalah merupakan sambungan kepada pembinaan sistem perhubungan keretapi. Sehingga tahun 1903 Negeri Perak mempunyai landasan keretapi sepanjang 214 batu bermula dari Parit Buntar di utara sehingga Tanjung Malim di selatan. Kegiatan meluaskan lagi perkhidmatan keretapi ke tempat-tempat lain terus diperhebatkan kerana ia adalah pelaburan yang amat menguntungkan. Pendapatan yang diperolehi dari perkhidmtan keretapi telah dapat menampung kekurangan perbelanjaan untuk menambah jalan-jalan keretapi yang baru.

Menara Condong Di Teluk Anson


SELAMAT MEMBACA : Ikkhlas dari : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA

No comments:

Post a Comment