GEORGE TOWN, 29 Mei – Rakyat Pulau Pinang tidak seharusnya terperdaya dengan sandiwara Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana beliau adalah seperti seorang pemimpin diktaktor dan autokrasi dalam pemerintahan.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Menteri berkata DAP Melaka sebelum ini pernah menolak kepimpinan Lim dan keadaan itu berlaku apabila beliau pernah tewas dalam pertandingan Jawatankuasa negeri beberapa tahun lepas.
Menurutnya, isteri Lim, Betty Chew Gek Cheng turut menerima nasib yang sama pada tahun tersebut.
“Ini jelas membuktikan bahawa parti DAP di Melaka juga tidak menyukai sikap Lim tetapi kini beliau telah berhijrah ke Pulau Pinang membawa sikap yang sama untuk memerintah negeri,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gelugor di sini hari ini.
Katanya, Lim adalah seorang yang gagal menunaikan janji yang dibuatnya sebelum pilihan raya dan didakwa sanggup menindas kaum untuk kepentingan sendiri.
Mohd Ali mendakwa Lim membina rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat di negeri ini.
“Tindak-tanduk Lim amat membimbangkan kerana beliau akan terus membina rumah yang tidak ada kuota, harga terlalu tinggi dan akhirnya esok Pulau Pinang tidak ada lagi tempat untuk orang sederhana dan miskin di sini tetapi hanya akan diduduki oleh golongan kaya sahaja,” katanya.
Tambahnya, keadaan itu terbukti sekiranya DAP masih memerintah di negeri ini maka Pulau Pinang tidak akan mempunyai masa depan yang cerah khususnya orang Melayu dan semua rakyat.
IBM : Kepada orang-orang melayu di Pulau Pinang, bangkitlah, bersatulah. Jangan mengikut telunjuk dari cina DAPig ini. Tolak depa di PRU-ke 13 nanti.
No comments:
Post a Comment