Pages

Monday, May 23, 2011

Sengaja mahu ke tali gantung

Tali Gantung

Azman menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa mengedar dan memiliki dadah jenis metemphatamine semalam.

SUMBER : KOSMO

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T DAN SALAM UKHWAH.

KUALA TERENGGANU Seorang penganggur, Azman Mohamad, 42, tidak serik walaupun sudah lima kali ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah sejak 1998 apabila dia sekali lagi ditahan buat kali keenam, 12 Mei lalu.

Bezanya, kali ini dia berdepan dengan kesalahan lebih besar yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan kerana didakwa mengedar dadah jenis metemphatamine seberat 111.10 gram.

Azman mengaku faham atas tuduhan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Lelaki yang masih bujang itu turut dituduh memiliki sejumlah 15.92 gram dadah sama ketika serbuan dilakukan di rumahnya bernombor 5562, Jalan Batu Rakit dekat sini kira-kira pukul 6 petang.

Mengikut pertuduhan kedua itu, Azman didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih lima tahun berserta sebatan.

Azman juga mengaku faham atas pertuduhan tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Siti Faraziana kemudiannya menetapkan 3 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.

IBM : Memang menempah maut namanya. Sendiri buat sendiri tanggung. Kepada anda diluar sana, hindarkan dari terbabit dengan dadah, kerana ianya adalah musuh no 1 Negara.

No comments:

Post a Comment