Hulu Selangor, Masa depan penduduk Kampung Sungai Kerandang masih samar-samar dengan tindakan dan arahan kerajaan negeri yang tetap dengan keputusannya untuk merobohkan penempatan penduduk yang mereka takrifkan sebagai haram sedangkan mereka sudah pun mendiami dan mengusahakan tanah kampung tersebut sejak 25 tahun lebih yang lalu.
Hari ini, sekali lagi kampung ini menjadi tumpuan apabila dikatakan pihak Jabatan Perhutanan Selangor tetap diarahkan untuk meranapkan sebahagian 100 hektar termasuk kawasan ladang kelapa sawit yang menjadi punca pendapatan penduduk sehingga pada jam 5 petang ini manakala selebihnya akan diteruskan dalam masa dua minggu akan datang.
Tindakan ini sekali lagi membawa kepada kehadiran Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P.Kamalanathan diiringi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Yusri Ishak setelah penduduk tidak berpuas hati kerana tindakan tersebut telah menjejaskan punca pendapatan sebahagian penduduk kampong tersebut.
Menurut YB Kamala, tindakan Jabatan Perhutanan Selangor ini sekadar menjalankan tugas mereka atas arahan kerajaan negeri yang zalim yang telah memilih hari Jumaat yang mulia ini kepada penganut agama Islam dan penganut agama Hindu, dengan memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka dari jabatan Hutan ini untuk meroboh dan menghancurkan tanaman pertanian yang sekian lama diusahakan oleh penduduk kampung ini.
“Inilah betapa zalimnya sebuah kerajaan negeri yang tidak memperdulikan langsung nasib petani-petani yang mengusahakan sekian lama, hancurkan kerana itu arahan kerajaan negeri kepada mereka. Namun saya tetap ingin emngucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab ini, kerana mereka telah berunding dengan penduduk-penduduk kampong dan mereka akan tetap menjalankan tugas mereka, dengan menolak pokok-pokok di kawasan lain terdahulu sebelum sampai ke kawasan pertanian petani-petani ini.
Kalau mereka tak sempat menyiapkan hari ini, mereka akan sambung balik dalam dua minggu dari sekarang dan selepas dua minggu ini, mereka akan berunding dengan petani-petani ini untuk mencari jalan penyelesaian. Setakat hari ini, perancangan mereka untuk merobohkan struktur-struktur, hari ini tidak akan berlansung dan petani-petani boleh menjalankan semula kegiatan seharian mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas berunding dengan pegawai dari Jabatan Perhutanan Selangor di Kg Sg Kerandang, pagi tadi.
Dalam masa yang sama, YB Kamala berharap agar rumah-rumah penduduk dan kawasan pertanian mereka tidak akan dirobohkan dalam masa dua minggu ini dan di masa hadapan. Beliau turut mengharapkan agar pihak kerajaan negeri sedia membuka pintu rundingan bersama penduduk-penduduk ini dalam mencari jalan penyelesaian yang memberikan keuntungan kedua-dua pihak.
“Jadi, cepat-cepat jumpa, jangan jumpa mereka semasa mereka (Kerajaan Negeri) nak cari undi sahaja. Apa yang saya usahakan, yang dirundingkan hari ini merupakan hasrat penduduk-penduduk, petani-petani di sini.
“Kita ini kadang-kadang nak berunding dengan sebuah kerajaan yang zalim ini susah. Dia macam `Setan’. Kita ini susah sangat nak berunding dengan setan kerana setan ini akan buat kerja dia juga. Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput YB Elizabeth Wong dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk datang ke sini dan lihatlah sendiri nasib penduduk kampung ini. Janganlah buat keputusan sekadar dari pejabat sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, YB Kamala membayangkan bahawa tindakan kejam kerajaan negeri ini sekadar untuk mengutip dana dengan memajak tanah-tanah di sini dengan tujuan mendapatkan dana untuk pilihan raya umum akan datang.
”Janganlah gadaikan atau mempertaruhkan masa depan penduduk kampung demi mendapatkan dana bagi tujuan politik mereka. Lebih baik kerajaan negeri yang diterajui PKR menunaikan janji-janji mereka pada PRU12 yang lalu, bukannya terus memberikan tekanan kepada penduduk yang hanya mahu hidup aman damai dan selamat dengan mengerjakan tanah pertanian mereka di sini bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka,” ujarnya yang berjanji akan terus turun padang membela rakyat yang tertindas tanpa mengira agama dan bangsa.
IBM : Kalau ini pun rakyat Selangor masih tak sedar, tak tahu apa nak buat lagi. Bangkitlah wahai rakyat Selangor. Jangan ada di antra kamu masih di tindas oleh Kerajaan "SETAN'. fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment