Pages

Monday, June 27, 2011

Cubaan Hidupkan Fahaman Komunis, Hukum Mereka Yang Terlibat

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


Parti Sosialis Malaysia Sememang Jelmaan Parti Komunis Malaya (PKM)

Tahniah kepada Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana telah dapat mematahkan sekumpulan ahli dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang cuba menghidupkan semula fahaman
Komunis (PKM). Antara risalah dan baju T tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suraini Abdullah. Mari kita baca sedikit latar belakang Parti Sosialis Malaya (PSM) :


Pilihanraya Umum 2008 telah menyaksikan kembali Parti Sosialis Malaysia menerusi dua wakil mereka iaitu Michael Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput dan Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara.

Parti Sosialis Malaysia adalah parti serpihan Parti Rakyat Malaysia. Manakala Parti Rakyat Malaysia pula adalah parti serpihan Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan nama kedua-dua parti ini saling bertukar-tukar. Parti Sosialis Malaysia cuba didaftarkan pada tahun 1998 tetapi gagal kerana kerajaan berpendapat fahaman Sosialis yang dibawa oleh PSM merbahaya kepada negara dan rakyat Malaysia. Penantian selama 10 tahun berakhir pada Jun 2008 apabila PSM dibenarkan daftar.

Apa yang diperjuangkan oleh Parti Sosialis Malaysia sebenarnya tidak jauh daripada apa yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya. Bezanya PSM tidak mempunyai senjata dan gerila-gerila yang sanggup memperjuangkan doktrin mereka dengan revolusi.
Justeru apabila polis menahan 30 orang aktivis PSM dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan cuba menafikan sekeras-kerasnya pembabitan mereka dalam kegiatan serta penyebaran fahaman Komunis, sungguhpun pada masa yang sama, tetap menyanjung PKM sebagai salah sebuah parti kiri yang berjuang mendapatkan kemerdekaan tanahair.

Alhamdullilah, dengan maklumat orang ramai, dan kecekapan pihak polis, tertangkapanya mereka2 ini yang mana seolah-olah mengikhtiharkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung dan untuk mengulingkan kerajaaan yang sedia ada. Ini, penderhaka namanya. jika betul2 di dapati bersalah, jatuhkan hukuman yang amat berat sekali. - IBM

5 comments:

  1. Yang menyokong PSM tu tak pernah terasa atau ada ahli keluarga yang terlibat dengan perjuangan menentang komunis. Lebih-lebih lagi dahulu orang Melayu sahaja yang berhempas pulas jadi askar berjuang dalam hutan, bangsa lain tidur lena, lebih-lebih lagi yang duduk dalam kampung baru, makanan pun diberi.

    ReplyDelete
  2. Salam bro. Memang betul tu. Dan skrg ini, bangsa lain itulah yg di sokong, di dukung oleh org2 melayu Pas utk dijadi Tuan yg baru semacam di zaman pemerintahan British dulu. Org putih jadi tuan dan org2 melayu jadi hamba.

    Inilah yg di perjuangkan oleh PAS Dan PKR. Tak mustahil org2 melayu satu hari nanti akan jadi hamba bangsa2 lain dan menjadi pengemis di negara sendiri...

    ReplyDelete
  3. ...sejarah malaysia patut ditulis semula...tidak betul jika hanya orang melayu je yang berjuang masa kemerdekaan... United Malays National Organisation je yang tidak mengangkat senjata...PKM,Angkatan Pemuda Insaf mereka ini mengangkat senjata menentang british..bezanya mereka ini berhaluan kiri..bg saya bangsa cuma perkataan yang memisahkan masyarakat untuk bersatu..jika dari awal dulu united malays national organisation menerima pelbagai elemen bangsa pasti tidak ada kecelaruan pada masa sekarang.tetapi itu lah..semua sudah berlalu..bagi saya British cuma mengambil kesempatan keatas tanah melayu bagi meluaskan empayar 'bisnes' sebagai ahli freemason..tidak tahu samaada united national malays organisation telah dipermainkan atau telah bersekongkol dalam hal ini..memang tanah melayu mendapat kemerdekaan tetapi harus diingat mereka meninggalkan satu sistem yang menyebabkan kecelaruan sekarang-sistem kapitalis(kaji lah siapa pengasas sistem kapitalis ini)..kita perlu sedar selama berpuluh tahun pemikiran kita telah dipaku mata telah dibutakan dengan sistem ini..bagi sy juga,ramai masyarakat keliru apa itu sosialis dan apa itu komunisme..(sila buat kajian)..bagaimana pula dengan kita yang membuka perlaburan dan bkerjasama dengan negara2 komunis masa kini??adakah kita komunis?sudah tentu tidak...ini lah dia sebahgian dari sistem kapitalis yang hanya memikirkan atau berpaksikan keuntungan semata2.tetapi tidak pula dituduh komunis.kita seharusnya berfikiran terbuka dan mngkaji sebelum membuat sesuatu pertuduhan..bagi sy,PSM bukan komunis.cuma kita dikelirukan oleh pihak2 yang tamakn kuasa..BERSIH pula dilabel gerakan kafir,pm kita juga bekerjasama dengan kafir(pope)..kenapa ahli2 umno tidak nampak semua ini????jawapan saya mudah..'Melayu telah di-buta-kan'..akhirkata dari sy..umno perlukan perubahan yang total dalam menjamin kebahgiaan dan keserataan kepelbagaian kaum dan bukan sekadar memperjuangkan melayu/ketuanan melayu.

    *im shah-24
    -just in case im not from any party
    -Knowledge is power
    -people power!

    ReplyDelete
  4. rod :
    Salam. Saya tidak bersetuju dgn pandangan sdr. Nampaknya sdr hanya mengkaji sejarah silam semasa kita mencapai kemerdekaan dari Brirish. Sdr juga silap yg mana sdr mengatakan org2 melayu UMNO tidak mengangkat senjata. Arwah Datuk saya adalah seorang bekas askar melayu yg menjadi ahli UMNO ketika itu. dia berjuang sama.

    Dan...utk pengetahuan Sdr, PKM walaupun dari peringkat awal bersama2 memperjuangkan tanah air, tapi selepas itu mereka lari dari prinsip perjuangan yg asal dan mereka berubah haluan. Apbila mereka di singkirkan seperti Umno menyingkir parti PAS, mereka (PKM) mula menunjukkan taring mereka dan mula menindas rakyat sgn cara 'komunis' mereka. maka wajarlah mereka di namakan Parti Komunis Malaya.

    Saya harap, sdr lebihkan membaca dan membuat kajian yg lebih mendalam akan sejarah kemerdekaaan Tanah Air dan juga sejarah penubuhan PKM. Arios bro...!

    ReplyDelete
  5. telah ramai pakar sejarah mengatakan sejarah malaysia ini harus ditulis semula..ini lah permasalahanya,bila dari awal lg united malay national organisation mengaku tanah melayu milik mereka..dan kita perlu sedar ramai org bukan sahaja melayu tetapi bangsa2 lain juga mengangkat senjata menentang british dan ada pertumpahan darah,jangan cakap tidak ada....dan sebab itu orang lain berasa marah/benci bila united malays national organisation juga menganggap diri mereka ini 'eksklusif' yg padahal org lain juga berjuang ketika itu,itu lah sebabnya mengapa negara2 lain ketika itu keluar dan tidak mahu bersama dalam projek Malaysia ini..yang saya kritik ini ialah sistem ketuanan melayu dan tuduhan2 tidak berasas, sifat angkuh melayu ini harus diubah dan sebaliknya berfikiran terbuka dan tidak menganggap malaysia ini milik melayu tetapi milik pelbagai bangsa..terima kasih sudi bertukar pendapat..kerana saya ini juga pembaca utusan sy juga membaca the star sy juga pembaca harakah sy juga pembaca suara keadilan bertujuan membuat kajian dan tidak lah menuduh sipolan dan sipolan ini komunis semata2 untuk kepentingan berpolitik..selagi ada masyarakat yang tidak puas hati dgn sistem dinegara ini,maka sy menganggap projek Malaysia ini telah gagal.gagal utk menambat hati semua orang..sy tahu bagaimana kapitalis bergerak.hari ini...lihat sahaja bagaimana Media Control-nya "kejahatan telah menutup segala kebaikan" dan "kadang2 kebenaran itu kedengaran agak pelik berbanding penipuan.."
    akhirkata.."Orang yang menerima apa sahaja yang disumbat itu di anggap seorang yang setia,tp org yang tidak mahu menerima sebulat2nya dan mampu berfikir di anggap pula pengkhianat.."
    sy menggalakan isu perkauman tidak perlu wujud dan diperkatakan oleh kebanyakn ahli2 UMNO yang tidak tahu dan tidak ada kersedaran tentang masyarakat sosial.

    salam.

    ReplyDelete