Pages

Saturday, June 18, 2011

'Dosa' Mat Sabu@Mat Sabun Terhadap Anwar Terhapus ?

DARI MEJA IBM :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA



KUALA LUMPUR Demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan 9 Julai nanti didakwa sebagai sebahagian usaha terancang Mohamad Sabu untuk membersihkan ‘dosanya’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana semua orang tahu bahawa Timbalan Presiden Pas itu pernah melabel Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ sekitar 1990-an, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti homoseksual ketua pembangkang itu.

“Mat Sabu adalah orang pertama memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ dan pada ketika itu, ketua pembangkang tersebut belum didakwa atas kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar.

“Kenapa secara tiba-tiba dia memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’? Saya yakin Mohamad Sabu cukup mengetahui sebabnya. Tapi, kini suasana berbeza, mereka jadi rakan akrab dan demi membersih ‘dosa’ tersebut, beliau menganjurkan perhimpunan Bersih.

“Ini kerana Mohamad Sabu malu untuk mohon maaf secara terbuka kerana dia orang nombor dua Pas. Jadi, Bersih ini diharap mampu jadi pemangkin untuk menawan semula kepercayaan Anwar,” katanya di sini, hari ini.

KOMEN IBM : KALAU TANYA NIK AZIZ, DIA KATA DAH TERHAPUS.. DOSA ANWAR PUN DAH TERHAPUS WALAUPUN KES LIWAT II NYA BELUM SELESAI LAGI. ITU FATWA DARI NIK AZIZ....HEHEHE...

2 comments:

  1. Salam IBM,
    Kalau jadi BER SIH, pasti Mat Sabu akan
    BER DUIT.

    ReplyDelete
  2. enalrahim : W'kumusalam. Betul tu...saya setuju...:)

    ReplyDelete