Pages

Saturday, June 11, 2011

Ganas benar ke Filem Kongsi & KL Gangster sehingga jatuh imej Melayu ??

DARI MEJA IBM :

ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA


Ehhh..ehhh..biar betul ni. Korang dah tengok ke kedua-dua filem ni ? Macam-macam hal le korang ni. Kalau tak buat filem, ada yang kata filem melayu dah mati, tiada idea, bankrup dan macam-macam lagi.

Bagi pandangan IBM, kedua-dua filem ini ada keistimewaan masing-masing. Jelas, standard filem melayu sekarang jauh lebih baik dari dulu. Dari segi muzik, tekniknya, stuntnya, seolah-olah nampak macam 'real'. Memanglah adegan-adegannya nampak ganas, tapi sesuai dengan tajuk ceritanya. Dari segi mana sesetengah pihak mengatakan kedua-kedua filem ini menjatuhkan imej melayu..?

KERATAN DARI MALAYSIAN INSIDER :>>>>

Bahasa

Filem Kongsi dan KL Gangster jatuh imej Melayu, dakwa Pekida

June 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 JunDi sebalik kutipan pecah panggung, sebuah pertubuhan Melayu mendakwa filem Kongsi arahan Farid Kamil Zahari mencemarkan imej orang Melayu dengan memaparkan adegan yang mencerminkan seolah-olah kaum terbesar itu terlibat dalam aktiviti gengsterisme.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan juga menyifatkan filem KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu turut mempunyai unsur-unsur merendahkan martabat orang Melayu selain boleh mempengaruhi golongan muda.

Filem Kongsi dan KL Gangster ini seolah-olah mencemar imej orang Melayu dengan memaparkan orang Melayu ini adalah gengster, malah banyak adegan-adegan yang dipaparkan secara tidak langsung merendahkan martabat kita.

“Banyak adegan-adegan dalam kedua-dua filem ini mencemarkan imej orang Melayu dan boleh mempengaruhi remaja, malah bahasa-bahasa yang digunakan dalam filem ini tidak boleh diterima sebab menggunakan bahasa kesat,” kata Ketua Ahli Majlis Pekida Wilayah Persekutuan Norashikin Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider.

KOMEN IBM : KENAPA BARU SEKARANG PEKIDA BUKA MATA, SEDANGKAN MEREKA-MEREKA INI JUGA KADANG-KADANG BERLAGAK MACAM GANSTER BILA NAK MENYELESAIKAN MASALAH DI ANTARA ORANG-ORANG MELAYU. MENGAKU ADIK BERADIK KONON, TAPI BERENTAP, BERTUMBUK SESAMA SENDIRI, LEPAS ITU BARU TAHU DARI PERTUBUHAN YANG SAMA, PEKIDA. FIKIR-FIKIRKANLAH......SEDANGKAN KEDUA-DUANYA ITU HANYA SEBUAH FILEM YANG DILAKUNKAN. BERILAH SOKONGAN KEPADA INDUSTRI PERFILEMAN TEMPATAN KITA. JANGAN ASYIK NAK BANGKANG JE.

No comments:

Post a Comment