PEMBUKAAN RASMI LAPANGAN TERBANG PULAU PINANG Tarikh Peristiwa : 02.06.1979 |
Lapangan terbang dianggap sebagai satu keperluan yang sentiasa bertambah mengikut peredaran masa. Kapal terbang merupakan salah satu pengangkutan yang menghubungkan negara dengan dunia luar. Menyedari keadaan inilah pada hari ini 2 Jun 1979 lapangan terbang yang baru Pulau Pinang telah disiapkan dan dirasmikan. Perasmian dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri, Pulau Pinang, Tun Datuk Haji Sardon bin Haji Jubir. Sejarah Perkhidmatan penerbangan di Pulau Pinang sudah bermula sejak tahun 1930-an lagi apabila lapangan terbangnya negara ini dijadikan sebagai tempat persinggahan kapal terbang - kapal terbang yang berulang alik antara negara-negara Eropah dan Asia Tenggara. Lapangan Terbang Pulau Pinang ini mengendalikan penerbangan tempatan antara Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura dan dikelolakan oleh Wearne's Air Service Ltd. Sementara penerbangan antarabangsa ke Eropah pula melibatkan penerbangan 3 buah syarikat iaitu.
Di samping itu Kelab Penerbangan Pulau Pinang juga menjalankan perkhidmatan secara sementara (adhoc) dengan menggunakan kapal terbang kecil yang boleh memuatkan dua orang penumpang sahaja. Pembukaan rasmi lapangan terbang Pulau Pinang pada hari sini adalah sebagai memantapkan lagi perkhidmatan penerbangan yang telah lama berjalan di negeri itu. Lapangan terbang yang baru ini adalah yang pertama di Malaysia dan terbaru di Asia Tenggara ketika itu. Bangunannya dilengkapi dengan beberapa peralatan moden seperti alat `passenger loading bridges' yang boleh dipanjangkan sepenuhnya sehingga 18.3 meter, sistem isyarat keselamatan moden yang dipasangkan di bangunan terminal dan melibatkan `fire alarm control panels' serta beberapa peralatan kebakaran moden alat letronik `Flight Information Display System' iaitu untuk memberi maklumat kepada para penumpang mengenai butir-butir perjalanan kapal terbang dan beberapa peralatan lain lagi. Pembukaan rasmi lapangan terbang Pulau Pinang yang moden dan lengkap ini akan menjadikan sistem perkhidmatan penerbangan di Pulau Pinang yang cekap dan sistematik. Lapangan terbang ini akan menjadikan Pulau Pinang lebih dekat kepada dunia luar dan membuka peluang kepada perdagangan, perindustrian dan pelancongan di negeri Pulau Pinang lebih berkesan lagi. |
No comments:
Post a Comment