Pages

Wednesday, June 22, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

DARI MEJA IBM
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

22 JUN

Pusat Latihan Dusun Tua

PENGAMBILALIHAN TAPAK PUSAT LATIHAN DUSUN TUA
Tarikh Peristiwa : 22.06.1966


Golongan belia
harus diberi keutamaan dalam pembangunan negara. Golongan yang masih kuat dan cergas ini merupakan pemimpin di masa akan datang. Latihan dan kemahiran haruslah diberikan kepada golongan ini. Pada hari ini, 22 Jun 1966, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengambil alih tapak sebuah khemah Latihan Pasukan Polis Hutan Diraja Malaysia di Dusun Tua, Selangor untuk dijadikan Pusat Latihan Vokasional. Pengambilalihan khemah latihan ini ekoran daripada memorandum yang disampaikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada Tunku Abdul Rahman pada bulan Januari 1966. Ekoran daripada ini, sebuah unit yang dikenali sebagai unit latihan yang dikenali Angkatan Belia Pelopor Negara telah ditubuhkan bagi melaksanakan program-program latihan kawat dan vokasional di pusat ini yang dikenali dengan Pusat Latihan Belia, Dusun Tua. Pusat Latihan Belia Dusun Tua ini, mempunyai keluasan kira-kira 72 ekar mula mengambil pelatih yang pertama pada 26 Jun 1966 seramai 85 orang. Dengan adanya Pusat Latihan Belia Dusun tua ini, pada hari ini telah ramai kelahiran daripada pusat ini yang mempunyai kemahiran terutama di bidang kemahiran vokasional dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.


SELAMAT MEMBACA : IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

No comments:

Post a Comment