Hanya Kaki Ampu Dan “Pak Turut” DAP Sahaja Yang Akan
Selamat Dalam Pas
Demikian gambaran yang diberikan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus bagi mengulas penyingkiran Datuk Dr Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor seperti yang diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang.
Seperti yang sedia maklum Hassan Ali adalah satu-satunya pemimpin Pas yang berani menegur tindak tanduk pemimpin DAP termasuk pemulangan semula arak di kedai serbanika 24 jam di Shah Alam selain beberapa kali tidak puas hati sikap exco DAP yang sentiasa membuat keputusan dengan membelakangkan beliau selaku Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor
Beliau juga satu-satunya Exco Kerajaan Selangor yang mempertahankan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor di mana ia tidak disenangi pemimpin pakatan pembangkang yang lain.
Meskipun tidak terkejut dengan penyingkiran Hassan Ali itu Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang seterusnya berkata ini bukti betapa Pas sanggup melutut kepada DAP berbanding mempertahankan pemimpinnya yang bukan sahaja bertaraf Exco tetapi telah dipilih pada muktamar parti itu baru-baru ini.
“Nampaknya setelah Pas dicengkam pemimpin pemuja Anwar dalam parti itu, Pas kini sudah tidak ada pilihan selain akur dengan percaturan DAP.
“Penyingkiran Hassan Ali ini juga menjadi salah satu pelengkap kepada tindakan Pas yang menukar prinsip perjuangan negara Islamnnya kepada negara kebajikan. Kini Pas di bawah arahan DAP dan PKR secara tersusun sedang menyingkirkan golongan ulama dan orang agama dengan menggantikannya dengan pemimpin liberal yang sedia bersekongkol dengan DAP”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Justeru beliau yakin dengan perkembangan baru dalam Pas ini akan menyemarakkan lagi perasaan akar umbi parti itu yang selama ini mempercayai kononnya Pas adalah parti yang bermati-matian berjuang demi Islam.
“Bayangkan setelah lebih 30 tahun baru pemimpin terjumpa dan sedar bahawa dalam Al Quran tidak ada disebut negara Islam. Inilah penipuan paling besar yang dilakukan pemimpin Pas terhadap ahli serta para penyokong mereka.
“Kita juga akan dedahkan perjuangan negara kebajikan Pas juga hanya retorik palsu semata-mata kerana konsep inilah dulu yang dilaungkan Pas pada pilihanraya umum lalu tetapi hampir kesemua janji kebajikan kepada rakyat di negeri ini hingga sekarang gagal dilaksanakan”, ujarnya. -MediaUMNO
KOMEN IBM : BAGUS LE TU. DULU UMNO PERNAH OFFER UNTUK BERGABUNG MEMERINTAH SELANGOR, TAPI DIA TOLAK. SEKARANG APA SUDAH JADI..?....LU FIKIRLAH SENDIRI....PAS MEMANG HAMPEHHH SAMPAI KE 'USUS'
SELAMAT BERISTERIHAT KEPADA HASAN ALI
No comments:
Post a Comment