Jawapannya amat mudah, iaitu pembangkang khususnya Anwar tidak yakin untuk menumbangkan BN melalui proses pilihan raya. Pilihan yang ada ialah menumbangkan BN melalui demonstrasi jalanan. Realitinya, pembangkang yang panik.
Anwar sendiri sedang mengejar masa. Dia sebenarnya out of the race untuk menjadi Perdana Menteri. Justeru, dia perlu mencari jalan singkat lain untuk memenuhi cita cita menawan Putrajaya.
Percubaan demonstrasi jalanan pada 1999 gagal. Percubaan membentuk kerajaan 16 September juga gagal.
Selain untuk mengalih perhatian terhadap isu mahkamahnya, maka perhimpunan Bersih adalah usaha kelam kabut untuk mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlakunya tsunami politik 2008.
Anwar out of the race bukan sahaja kerana masalah peribadinya yang melonggok, tetapi kerana beberapa keputusan pilihan raya kecil mutakhir yang semuanya dimenangi BN.
Sokongan kepada BN khususnya Umno semakin bertambah. Begitu juga sokongan daripada pengundi muda.
Kegagalan menawan Sarawak menghantui Anwar kerana PKR cuma menang tiga kerusi sahaja. PKR dapat kuah, DAP sapu bersih lauknya. Gejala defection dalam parti menjadikan PKR parti minoriti dalam Pakatan Rakyat.
Untuk menutup malu di atas kekalahan tersebut dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya, maka perhimpunan Bersih dirancang.
Perhimpunan itu juga ada muslihat lain. Iaitu mahu meneruskan perang polemik.
Perang polemik diharap dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar. Dia dan pembangkang hidup atas isu.
Isu dan polemik digunakan untuk mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan.
Perhimpunan Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram.
Sebab itu ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk. Kalau diadakan dalam Stadium matlamat itu tidak akan tercapai. Nanti dikatakan syok sendiri.
Oleh itu, matlamat utama perhimpunan Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti apa yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan jalan raya.
Maka mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan.
Inilah jalan singkat terbaru setelah jalan singkat sebelumnya seperti kerajaan 16 september gagal. Kejayaan perhimpunan sejuta Belia di Putrajaya dilawan dengan perhimpunan sejuta Bersih.
BN menghimpunkan belia dengan cara yang positif, pembangkang menghimpunkan belia dengan cara yang negatif iaitu berdemonstrasi. Jelas sekali Anwar yang panik. Dia out of the race untuk menjadi PM. — utusan.com.my
No comments:
Post a Comment