Pages

Sunday, June 12, 2011

UMNO Memang Juara Rakyat, Dulu, Kini Dan selama-lamanya

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA


UMNO Shah Alam Serah Memorandum Mansuh Tol Batu

Tiga & Sungai Rasau

Tol Batu 3 Shah Alam

SHAH ALAM, 11 Jun – UMNO Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan di sini,yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya, Datuk AhmadNawawi M. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk As’ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.

Datuk Ahmad Nawawi


Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.

“Kebanyakan pengguna adalah warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, yang setiap hari perlu membayar RM2.10 untuk perjalanan pergi balik,” kata memorandum itu yang dibuat hasil daripada usul semua UMNO cawangan di Shah Alam pada mesyuarat mereka sebelum ini.

Bagi pengguna dari Klang ke Kuala Lumpur, mereka harus membayar di kedua-dua Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu 3 berjumlah RM4.20 bagi perjalanan pergi balik.

Selain itu kata memorandum tersebut, kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka.

KOMEN IBM : MEMANG UMNO JUARA RAKYAT, TIDAK BOLEH DI NAFIKAN. DULU, KINI DAN SELAMANYA. MOGA HASRAT MURNI UMNO BAHAGIA SHAH ALAM MEMINTA KERAJAAN MEMANSUHKAN TOL BATU TIGA SHAH ALAM DAN SUNGAI RASAU AKAN BERJAYA DAN DI TERIMA OLEH KERAJAAN PUSAT DEMI UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT SEMUA. INSYALLAH.

No comments:

Post a Comment