Pages

Thursday, July 7, 2011

Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

[KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini.

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.]

Ada Faham Simbol ini?

Muka Pertama di Larang Masuk

Muka Ini....

Dan Yang Ini Juga


[Selain tiga pemimpin tersebut turut tersenarai ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Teresa Kok, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin, Presiden Jemaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuik Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Ketua Pemuda PAS Nashrudin Hasan.

Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang Sabtu ini sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api.

Sesiapa yang melanggar perintah boleh didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.]


INGAT NAK BAWA FAMILY JALAN2 KAT KL, APA BOLEH BUAT. APAPUN JALANKAN TUGAS MU WAHAI CIKGU (POLIS). KUASA ADA DITANGAN MU, DEMI UNTUK KESEJAHTERAN RAKYAT SEMUA AMNYA, DAN KEAMANAN NEGARA. - IBM

2 comments:

  1. Salam IBM,
    Sebahagian besar dari depa ni tak heran kalau "no entry" dari depan, fasal depa boleh masuk ikut belakang....hehehe.

    ReplyDelete
  2. W'kumusalam bro.

    Memang benar. Depa semua ni mana faham bahasa. Lagi pun salah seorang dalangnya suka main'belakang'.....so, make no different...:)

    ReplyDelete