[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
12 JULAI
HARI INI DALAM SEJARAH :
YAYASAN PERAK DITUBUHKAN
TARIH PERISTIWA : 12.07.1979 |
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meninggikan lagi taraf sosial, pendidikan, kesukanan, kebudayaan dan lain-lain bagi rakyat Negeri Perak. Salah satu badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk tujuan-tujuan tersebut ialah Yayasan Perak. Yayasan Perak telah ditubuhkan pada hari ini 12.7.1979 di bawah Enakmen Yayasan Perak Bil. 2 Tahun 1979. Di antara tujuan dan objektif penubuhan Yayasan Perak itu ialah: - Menggalak, dan memajukan semua lapangan pelajaran dan peluang-peluang pelajaran untuk penduduk-penduduk Perak di Negeri Perak, di dalam negeri dan di mana-mana institusi pengajian tinggi di Luar Negeri.
- Memaju dan mendapatkan kemudahan untuk penduduk Perak di institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.
- Menggalak dan membantu untuk menambah peluang-peluang dan kemudahan pelajaran tinggi di Negeri Perak.
- Memberi dan mengaturkan pemberian biasiswa dan bantuan kewangan untuk maksud pelajaran oleh Badan-badan yang lain untuk penduduk Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.
- Menggalak, membantu dan memberi pertolongan kewangan kepada individu-individu, organisasi- organisasi dan institusi-institusi yang menjalankan kajian saintifik, politikal dan sosio-ekonomi di dalam Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.
- Menggalak perkembangan kesedaran nasional identiti Malaysia yang sihat dan harmoni dan berasaskan kepada perasaan muhibah dan kesefahaman di antara kaum di Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.
- Memaju dan menggalakan perkembangan seni dan kebudayaan Negeri Perak.
- Bantuan kewangan kepada kelab-kelab dan pertubuhan-pertubuhan rasmi di negeri Perak supaya dapat meninggikan mutu sukan.
- Memberi apa-apa bantuan kepada organisasi-organisasi dan institusi-institusi sukarela, khairat, saintifik, kebajikan, sosial, pelajaran dan memberi bantuan terhadap semua kejadian mala petaka di Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.
Sesungguhnya dengan penubuhan Yayasan Perak diharap cita-cita Kerajaan Negeri Perak untuk melahirkan masyarakat yang lebih sempurna akan tercapai di samping dapat mengeratkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat keseluruhannya. |
Malam Pesta Jiwa Anjuran Yayasan Perak
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA MEMBUAT KITA INGIN TERUS BERJAYA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : [ARKIB NEGARA]
No comments:
Post a Comment