Pages

Tuesday, July 19, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

19 JULAI

HARI INI DALAM SEJARAH :

BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN

TARIKH PERISTIWA : 19.07.1964

Pada hari ini dalam tahun 1964, Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan telah ditubuhkan untuk menentang anasir-anasir yang menghalang pelaksanaan Bahasa Kebangsaan. Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Encik Melan Abdullah telah memberikan jaminan bahawa barisan tersebut akan memberi sokongan kepada setiap tindakan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. Perjumpaan menubuhkan Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan yang telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka itu telah di hadiri oleh ramai pencinta bahasa termasuklah pensyarah maktab, wartawan tempatan, penulis dan pelajar yang semuanya berjumlah 70 orang. Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan berperanan untuk memperjuangkan Bahasa Kebangsaan dan mencapai matlamat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Rasmi menjelang tahun 1967. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menimbulkan dan meneguhkan semangat perjuangan bahasa serta memelihara kesucian serta kedaulatan Bahasa Melayu. Sesungguhnya penubuhan Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan ini telah menyumbang ke arah mengukuh dan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam sebuah negara yang bebas dan merdeka..


SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA KERANA MEMBACA ITU UBAT KEPADA SEGALA KERUNSINGAN YANG MEMBELENGGU FIKIRAN KITA. IKHLAS DARI : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]

No comments:

Post a Comment