Pages

Saturday, July 9, 2011

KL lenggang bak di serang 'Geruda'

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Lebih kurang pukul 8 pagi tadi saya cuba menahan sebuah teksi dari Kelana Jaya. Pemandu teksi tu bertanya nak kemana?, saya kata nak ke KL. Minta maaf, katanya. KL hari ini tak main le, katanya lagi. Sempat dia merungut. "Ini semua celaka-celaka si baju kuning tu. Buat orang susah. Nak cari makan macam pemandu teksi ni pun susah. Silap hari bulan, kalau saya jumpa mereka, saya kasi bersihkan mereka-mereka," katanya dengan nada yang kesal. Saya pun tutup pintu teksi dan beredar. Saja nak test market...

Maaf Encik, KL tak main ye - Pemandu Teksi


Suasana yang begitu lenggan di bandaraya KL malam tadi

Suasana sekitar Kuala Lumpur setakat pukul 8.30 pagi ini kelihatan lengang berikutan beberapa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat-peringkat ekoran beberapa pihak merancang mengadakan perhimpunan haram.

Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dengan anggota polis berada di beberapa kawasan bagi mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dengan kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Begitu juga di pagi ini. Dikawal rapi oleh pihak Polis


Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup beberapa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke beberapa jalan lain.

Sementara itu, perkhidmatan bas di tiga terminal utama di Kuala Lumpur beroperasi sementara di terminal lain sejak awal hari ini.

Perkhidmatan bas ekspres dari Pantai Timur di Terminal Hentian Putra dan bas SKS (dari Seremban) di Pudu Raya dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.

Perkhidmatan bas di Terminal Hentian Pudu Raya dan Terminal Hentian Jalan Pekeliling pula dipindahkan sementara ke Terminal Hentian Duta, Jalan Duta. – Bernama

BERITA TERKINI YANG IBM DAPAT, BEBERAPA ORANG KANAN BERSIH TELAH DI TAHAN POLIS DAN RAMAI LAGI AKAN DITANGKAP SEKIRANYA MEREKA MASIH BERDEGIL UNTUK MEMASUKI KL. IBM 'TABIK' PADA POLIS. MEREKA CEKAL MENJALANKAN TUGAS MEREKA. TAHNIAH KEPADA MEREKA - IBM.



2 comments:

  1. Tahniah PDRM.....walau bagaimanapun nanti ramai yang akan menyalahkan PDRM. Kasihan.

    ReplyDelete
  2. Salam bro.

    apa nak buat bro. Itukan dah tugas mereka. Ramai yg x faham akan tugas2 PDRM. Memang sudah menjadi trend rakayat kita di malaysia ni. Yang buruk semuanya dtg dari PDRM, perkara yg baik mereka buat, langsung dilupakan....memang sedih....

    ReplyDelete