Pages

Wednesday, July 20, 2011

Nama baik PDRM tercemar lagi, dalangnya : "The Malaysian Insider"

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Bagi pandangan saya, ini adalah satu PEMBOHONGAN dan FITNAH yang berat dan dirancang terhadap PDRM. Akhbar The Malaysian Insider dan penulisnya, Shannon Teoh terlalu berani dan angkuh menuduh Polis tanpa usul periksa.

Akhbar ini dan penulisnya, harus diambil tindakan yang keras atau dihadapkan ke mahkamah atau dikenakan tahanan ISA kerana cuba memalukan pihak Polis yang menjalankan tugas mereka. Dan, Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus menarik balik lesen perniagaan mereka atau tutup terus perniagaan mereka

Tuduhan kepada pihak Polis cuba untuk membunuh DS Anwar Ibrahim semasa perhimpunan Bersih 9 Julai yang lalu, adalah tidak berasas sama sekali. Polis harus bertindak dan mengambil serius dalam hal ini. Ini soal nama baik dan maruah PDRM keseluruhannya. Ayuh!, bertindaklah wahai PDRM, saya bukan nak jadi 'BATU API', tapi terlalu marah dan gerama dengan tindakan dari akhbar CELAKA ini dan penulisnya - IBM

Keratan Akhbar Dari The Malaysian Insider :

Bahasa

Bersih: PKR dakwa polis cuba bunuh Anwar

July 20, 2011

[KUALA LUMPUR, 20 Julai – PKR menuduh polis cuba membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Pemimpin parti itu berkata anggota pasukan keselamatan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah sebuah terowong di mana ketua pembangkang dan peserta Himpunan Bersih 2.0 berkumpul.

Mereka mendakwa polis telah menyasarkan tembakan gas pemedih mata untuk membunuh Anwar yang mana beliau dilindungi pegawai peribadinya sehingga mengalami kecederaan teruk di muka dan menghancurkan tulang pipi.

“Mereka (polis) menyasarkan tembakan itu ke arah kepala dan ia jika terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh,” kata naib presiden N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balas Polis Dang Wangi di sini.

Selain Surendran, turut menemani Fayyadh ialah Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan beberapa peguam PKR selepas dibenarkan keluar daripada hospital.

Beliau berkata lima plat besi dimasukkan di tulang pipi selepas kejadian itu di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam yang cedera di kepala.

“Dengan jumlah gas pemedih mata yang dilepaskan ia boleh menyebabkan mereka yang berada dalam terowong itu tidak boleh bernafas dan boleh membawa maut jika tidak mampu melarikan diri,” tambah Surendran.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga mendakwa polis telah “bertindak ganas” ke atas peserta perhimpunan aman menuntut pilihan raya bersih dan adil, kata laporan Majlis Peguam yang mendakwa polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta.

Bagaimanapun semalam polis mengatakan pihaknya hampir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan mengenai pendekatan keras pihaknya ketika menangani perhimpunan Bersih 2.0 dan penemuan akan diumumkan kepada orang ramai.

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diteruskan walaupun tidak mendapat kebenaran daripada polis dan ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan itu yang menyaksikan lebih 1,600 ditahan, malah ramai yang cedera dan berlaku satu kematian.

Bersih 2.0, gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini setuju dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia diadakan di stadium tetapi permohonan itu ditolak selepas meminta Stadium Merdeka.]


4 comments:

  1. Inilah yang sebenarnya dimahukan oleh para pengkhianat negara itu. Mereka perlukan suatu isu besar untuk menutup segala kelemahan pembangkang, yang semakin dibakul-sampahkan oleh rakyat. Kalau pilihanraya diadakan sekarang, sudah pasti pembangkang kalah teruk. Anwar telah hilang lebih 90 peratus sokongan kerana semakin banyak dia bercakap, semakin banyak pula pembohongannya terdedah. PAS juga menjadi tidak layak disokong atas nama Islam, kerana menghina al-Quran dengan mengatakan Qalam Allah itu tidak lengkap. Sedangkan al-Quran semestinyalah menjelaskan segala perkara mengenai Islam termasuk Negara Islam, yang dibuang oleh PAS dari dasar perjuangannya, semata-mata kerana menjaga hati kafir harbi DAP. Mengakulah wahai pemimpin PAS, bahawa hakikatnya ialah mereka sendiri masih 'dangkal' akal dan kurang yakin dengan janji Allah, sehingga sanggup membuat tafsiran yang menyebelahi kafir. DAP pula dapat melihat, semakin mereka menekan serta mempermain-mainkan Melayu dan Islam, maka semakin kuat semangat orang-orang Melayu/Islam untuk bersatu kembali. Tiada seorang Islam pun (walau yang paling lemah iman) akan sanggup menerima pemimpin kafir DAP berhujah menggunakan al-Quran dan Hadis, sedangkan mereka sendiri masih kafir. Selain itu, rakyat dapat melihat DAP semakin giat memperbanyakkan tempat-tempat maksiat, yang memang merupakan perniagaan utama mereka sejak dahulu lagi. Bagi pemodal Yahudi dan Cina, mereka mahukan hasil segera setelah sekian lama mencurahkan duit 'berbilion' melalui Anwar dan DAP. Melihatkan ini semua, pembangkang tiada cara yang lebih mudah, untuk menjayakan cita-cita mereka dan 'sponsor'nya, melainkan menimbulkan kekecohan 'besar' mencontohi apa yang berlaku di negara-negara Arab/Islam, dimana rakyat dilaga-lagakan agar mereka sendiri menjatuhkan kerajaan. Pembangkang akan terus mencipta sendiri berbagai isu seperti kekejaman Polis dan kezaliman kerajaan. Tetapi majoriti rakyat sendiri tetap menyokong kerajaan kerana mereka tahu, kalau kerajaan zalim, bagaimana pemimpin pembangkang masih terus dapat menerima elaun dan pencen wakil rakyat, walau pun tidak berjasa sedikit habuk pun bagi memajukan negara ini. Hanya mereka yang bertaraf "pengkhianat" sahaja yang sanggup memecah-belahkan perpaduan antara kaum dan agama, yang hampir dicapai sebelum pembangkang menang lebih sedikit pada PRU12. Rakyat akan terus mempertahankan dan memperbetulkan kerajaan, tanpa perlu kepada rusuhan jalanan dan kekacauan dari manusia "pengkhianat" ini.

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat N. Surendran pembohong dalam hujahnya. Kononnya peluru gas gun tersebut disasar ke kepala Anwar. Jika terkena kepala boleh membunuh Anwar. Nasib baik terkena dibahagian kepala (pipi) pengawal peribadi yang ada ilmu kebal. Handalnya pengawal peribadi Anwar. Yang aku tahu ada dua cara tembak gas gun kearah perusuh. Satu menghala ke udara sekurang-kurangnya 45 darjah mengikut keperluan jarak dengan perusuh jika tidak ada halangan dibahagian atas Udara. Jika keadaan seperti dalam bandar yang sebuk dan banyak halangan dibahagian atas, kaedah yang sering digunakan adalah menghala ke bumi.Gas gun akan ditembak menghala ke bawah dimana peluru gas gun dijangka menggelongsor ke arah perusuh. Dijangkakan kelajuan peluru akan berkurangan akibat geseran diatas jalan bila sampai diperusuh. Manakala jika dihala keudara pula,kelajuan peluru akan berkurangan dengan hanya menggunakan daya graviti ketika jatuh menuju ke perusuh. Setahu aku kepala peluru (war head) gas gun diperbuat dari aluminium nipis dan sangat ringan yang diisi dengan bahan pemedih mata bila terbakar didalamnya dan asapnya keluar melalui lubang-lubang kecil semasa menuju perusuh. Trejektori peluru gas gun semasa keluar dari muncung gas gun bukan selaju peluru rifal atau shot gun atau pistol. Kelajuannya hanya lebih kurang macam lastik sahaja cuma objeknya lebih besar. Itulah sebabnya pengawal peribadi Anwar hanya cedera di pipi tetapi tidak menembusinya. Peluru gas gun buka dibuat untuk membunuh atau mencedera parahkan perusuh. Jangan kelentong banyak sangat. Jika perluru gas gun selaju peluru rifal, mungkin dah beribu orang mati ditembusi peluru gas gun. Dalam keadaan kelamkabut, tentu sahaja akan terjadi benda yang tidak kena atau yang tidak dirancangkan. Jangan terlampau menuduh anggota polis kita. Mereka manusia biasa. Ada perasaan, ada kebimbangan, ada tugas yang perlu dibereskan dan mereka juga ada anak isteri, ibubapa, adik beradik seperti juga rakyat negara malaysia yang lain. Mereka telah diberikan latihan dan cukup terlatih. Sebab itu tidak ada yang mati kerana cedera. Mati sakit jantung atau semput, itu cerita lain. Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

    Kepada yang berhajat untuk merusuh, jangan mengharapkan sambutan lemah gemalai dari polis pencegah rusuhan. Kecedaraan dan siksa akibat gas pemedih mata adalah salah satu risiko jika membantah dan melanggar undang-undang. Jika tidak, baik hapuskan sahaja undang-undang. Biar kita berperang sama sendiri sehingga negara jadi hancur lebur. Begitukah yang majoriti rakyat mahukan?.

    ReplyDelete
  3. akmy :

    Salam. Terima kasih di atas komen sdr yg panjang lebar. Kesimpulannya memang benar Anwar adalah seorang pengkhianat bangsa dan negara. Dia akan berbuat apa saja asalkan cita2nya tercapai. Tapi, Allah belum mengizinkannya. Memang tuhan tidak akan mengizinkannya kerana, tak lama lagi Anwar akan di sumbat kedalam kandang bessi di Sg Buloh.

    ReplyDelete
  4. zahari1950 :

    Salam.
    Bila Anwar bersatu dgn org2 kuatnya yg berbangsa India, Anwar akan menyerupai India, lidahnya bercabang seperti biawak. Dia akan berbohong seperti rakan2nya yg berketurunan India yg dia bela demi utk menjaga krier politiknya.

    Memang Anwar juga terkenal sebagai pelakun no 1 di Malaysia. Dia akan berlakun apa saja. contohnya apabila dia dinasihatkan oleh Dr perabadinya utk berehat dan berbaring dirumah kerana kononya lehernya cedera dan terpaksa memakai pemengkong leher. Tiba-tiba dia muncul di Penang berceramah dan menabur fitnah kononya Hj Hadi Awang telah ditahan polis dan diberi layanan yg buruk dimana Hj Hadi dicampak kedalam trak Polis dan mcm2 lagi.

    Tuhan itu maha adil, pembohongan yg Anwar buat telah diketahui ini kerana HJ Hadi menafikan pihak Polis mengkasarinya, malah dia dilayang dgn baik, diberi makan yg baik2 dan dihantar pulang oleh polis ke Hotel tempat kediamannya. Anwar menipu dan akan menipu lagi sampailah keakhir hayatnya.

    Kesimpulannya, saya tabik kpd pihak Polis kerana dpt menjalankan tugas mereka semasa perhimpunan haram Bersih pd 9 julai yg lalau. Syabas dan Tahniah kpd pihak Polis!!..teruskan tugas mu demi utk keamanan rakyat dan negara kita yg tercinta ini. Sama-sama kita memerangi anasir2 jahat yg ingin memecah belah dan menghuru-harakan negara, terutamanya pembangkang yg diketuai oleh DAP, PKR, PAS dan yg lain2nya....

    ReplyDelete