Pages

Sunday, July 17, 2011

Polis kata boleh pakai, tapi kuning yang tanpa logo BERSIH

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Tiada larangan dikenakan kepada rakyat negara ini dari memakai baju berwarna KUNING. Kita semua bebas kemana-mana berpakaian kuning. Tiada sekatan, tiada tangkapan oleh pihak Polis. Pakailah. Tapi dengan syarat, tiada logo BERSIH yang dipamirkan. Kalau ada, kalau anda semua berdegil, Polis tidak teragak-agak menahan anda semua. Kalau anda semua tidak puas hati, tanya sendiri sama PDRM, bukan IBM kata, tapi Polis kata - IBM.

Hah, yang macam ini boleh, dibenarkan!


[KUALA LUMPUR 17 Julai - Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.]
Tersenyum lebar Timbalan Ketua Polis Negara kita. Ada apa-apa ke?


2 comments:

  1. Pakai je









    'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
    http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
    Undi BN Undi HARAM- Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.
    http://blog1Malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Blog 1 Malaysia :

    Salam. Jangan terlalu beremosi dan jgn terlalu mendengar cakap-cakap org. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersopan bila berkata2, berhemah bila membuat sebarang komen.

    Menggunakkan perkataan yg kesat kpd sesuatu pihak yg kita x suka, bukan begitu caranya. Org Melayu tinggi budi bahasanya. Jgn terlalu ikut budaya barat. Apa yg kita dpt bila kita memaki dan mengunakan ayat2 yg kasar seperti *F..K*......*P.....K*.?...tiada faedahnya....

    ReplyDelete