Pages

Sunday, July 24, 2011

Rasuah : Bekas calon Presiden FIFA digantung seumur hidup!

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

SEMBANG-SEMBANG BOLA :

RASUAH telah wujud sejak berabad yang lalu dalam bidang sukan. Ia memerlukan dua pihak yang korup, pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan.

Kini, gejala itu menular ke dalam kancah bola sepak negara kita setelah sekian lama berita ini menyepi. Ia ibarat kembalinya virus pembunuh yang tidak mungkin dapat dihapuskan sepenuhnya.

Berita yang mengejutkan juga apabila FIFA mendapati Mohammed Hammam bersalah kerana cuba memberi rasuah kepada wakil-wakil dari FIFA bagi menjawat jawatan Presiden FIFA baru-baru ini.

Alhamdulillah, tiada kelibat dari Pegawai-pegawai dari FAM yang terlibat dalam skandal Rasuah ini. Mari kita mengembelingkan tenaga bagi membenteras gejala Rasuah musuh no 1 negara juga di seluruh dunia. - IBM

[Zurich – Bekas calon Presiden FIFA, Mohamed Bin Hammam (Gambar) diharamkan daripada terlibat dengan bola sepak seumur hidup selepas didapati bersalah dalam tuduhan rasuah.

Keputusan itu dibuat jawatan kuasa etika FIFA, semalam selepas badan tersebut mendengar bukti yang dikemukan selama dua hari.

Dia didakwa cuba membeli undi dalam pemilihan presiden FIFA, bulan lepas.

Ekoran itu, Mohamad, 62 tahun dan berasal dari Qatar, menarik diri daripada pemilihan berkenaan, sekali gus membolehkan seorang lagi calon, Sepp Blatter menang tanpa bertanding.

Dengan keputusan itu, Mohamad yang juga bekas Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak sama ada dalam atau luar negara, sepanjang hayatnya.

Sementara itu, Mohamad dalam kenyataan memaklumkan, akan menggunakan saluran undang-undang bagi melawan keputusan yang dianggap sebagai tidak adil.

Jelasnya, jawatankuasa etika FIFA membuat keputusan itu berdasarkan bukti palsu dan kenyataan menipu oleh pegawai kanan badan tersebut.

Kes rasuah itu bermula selepas bekas Pengerusi Persatuan Bola Sepak England, Lord Triesman mendakwa ahli FIFA menjual undi bidaan Piala Dunia 2018 dan 2022.]


No comments:

Post a Comment