Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mudah terpedaya dengan pelawaan pihak pembangkang untuk menjadikannya Ketua Pembangkang sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Akhbar semalam melaporkan yang Ku Li dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (berita semalam), maklumat mengejutkan itu diterimanya daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar. Fikir-fikirkanlah wahai Tengku, jangan termakan hasutan Pembangkang - IBM
Sumber Berita : mynewsgub.my/bm.
” Saya rasa Ku Li dah masak dan faham benar kesukaran yang dialaminya sewaktu bekerjasama dengan parti-parti berkenaan dulu, seharusnya Ku Li tidak akan membiarkan dirinya diperangkap untuk kali kedua,” kata Mohd. Zahid.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip (Gambar) berkata, Ahli Parlimen Gua Musang itu bukannya sehari dalam dunia politik.
Katanya, Ku Li lebih tahu ‘yang mana intan dan yang mana kaca’ dalam permainan politik negara ini.
” Mereka boleh datang dan memujuk tetapi bukan mudah untuk Ku Li makan pujukan mereka, beliau tidak akan meletakkan dirinya sebagai seseorang yang terlalu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menerima cadangan berkenaan,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Zahid juga berharap Ku Li mengimbas kembali zaman sewaktu beliau ‘berganding bahu’ bersama-sama parti Pas dan DAP suatu ketika dulu.
No comments:
Post a Comment