Pages

Sunday, August 7, 2011

Alasan 'datang bulan' wanita ditangkap kerana tak berpuasa

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Selalunya kita dengar kaum lelaki di cekup oleh Jabatan Agama Islam kerana tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai. Tapi, kali ini giliran wanita pula di tangkap kerana tidak puasa dan makan di khalayak ramai. Aduhai, apa nak jadi ni. Kalau ia pun datang bulan, bila nak makan tu, menyorok le sikit. Kenapa nak tunjuk kepada orang ramai. Hormatilah bulan Ramadhan ini dan belajarlah menghormati agama Islam. Malu kita bila bangsa lain tengok. Mereka akan ketawakan kita. Dan...mereka akan kata Agama Islam sebuah Agama yang senang di olok-olokkan. Fikirlah sedalam-dalamnya. Tuhan tahu apa yang kita buat. Ikhlas dari : IBM

Wanita Pertama Kena Tangkap Tak Puasa Di P.Pinang

[BUTTERWORTH: Seorang wanita dan dua yang lain telah ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam secara terbuka pada bulan Ramadan.

Wanita tersebut seorang pekerja kilang memberi alasan 'datang bulan' kerana tidak berpuasa dan menjadi wanita pertama yang ditahan kerana tidak berpuasa di negeri ini tahun ini.

Bagaimanapun, wanita tersebut sebenarnya menipu dan akhirnya mengaku kepada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bahawa dia sebenarnya tidak berpuasa kerana lapar.

Namun begitu, wanita tersebut dan yang lain ditangkap bukan kerana tidak berpuasa tetapi kerana makan di tempat awam pada bulan puasa.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan, Jaafar Ismail berkata, tiga orang yang ditahan itu didapati sedang makan di bawah Jambatan Pulau Pinang, Prai, pada lebih kurang jam 2.30 petang Sabtu.

“Walaupun mereka sedang menikmati makan tengah hari di bawah jambatan tetapi aksi mereka dengan mudah boleh dilihat oleh orang awam,” tegasnya.

Jaafar berkata, kakitangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam sering kali membuat rondaan di bawah jambatan tersebut kerana ia telah menjadi lokasi popular untuk mereka yang tidak berpuasa makan di siang hari.

Katanya, ketiga-tiga mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.]

No comments:

Post a Comment