Pages

Sunday, August 21, 2011

Bekas Artis (Pelakon lelaki terkenal era 80-an) Hina Melayu Dan Islam

[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua

Tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan selain menyindir dan memperlekehkan institusi diraja dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu malam kelmarin. Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam.

Wajah Azmil semasa menjadi pelakon di era 80-an

Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya ALLAH.

“Selain itu, dia turut melabelkan kerajaan sebagai kafir kerana mengamalkan undang-undang kafir. Menghina Rukun Negara dan menuduh sekolah kerajaan mengikut acuan kafir selain mendakwa tidak wujud sekolah agama Islam yang sebenar di negara ini,” katanya.

Paling mengejutkan, kata Shafie apabila artis itu berulang kali mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh.

“Ini yang menyebabkan semakin ramai orang meninggalkan masjid kerana tidak berpuas hati dengan kata-katanya yang sangat kesat dan menghina itu,” katanya

Wajah sekarang Azmil merupai seorang 'ulama' dan penceramah, tapi bertauliah kah beliau?


Shafie berkata, seorang warga emas turut menjadi mangsa kritikan artis itu apabila pertanyaannya sama ada tazkirah itu sebenarnya program ceramah politik.

“Penceramah itu mempertikaikan solat, zakat dan haji warga emas berkenaan yang menurutnya jadi sia-sia kerana menegur perbuatannya,” katanya.

Ditanya siapa yang me-ngundang artis itu dipercayai tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berceramah, Shafie mengakui dia tidak tahu.

“Saya pun tak sangka sampai begitu sekali,” katanya.info sini

Siapa ye pelakon tu? Info terbaru yang Ct dapat pelakon itu adalah Azmil Mustapha(Filem Ali Setan). Kita tunggu ajelah perkembangan terkininya nanti.
Ikhsan dari : cthoney.blogspot.com

Pada mulanya IBM pun tak beberapa percaya bahawa bekas pelakon yang menghina melayu tu Azmil. Tapi selidik punya selidik, baca juga blog dari rakan-rakan, maka, memang soheh, sah, dialah 'Ali Setan' yang terkenal di eran 80-an dulu. Sekarang ni dia nak jadi 'Bapak Syaitan' pulak. - IBM

4 comments:

  1. Tahun 80an jadi Ali setan

    tahun 2 ribuan jadi Azmil Setan

    ReplyDelete
  2. whiteorange.
    Salam.
    Bukan lagi Azmil Syaitan, tapi 'bapak syaitan'....

    ReplyDelete
  3. shaens/kas2ri....
    Salam.
    KONSULTAN SYOK sendiri namanya tu. Tak bertauliah. Janggutnya pun bukan janggut ala ulama, tapi, ulama semak. Memang menyembak budak seko ni.

    ReplyDelete