[DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam Ramadan salam Ukhwah dan salam sejahtera kepada semua
SEMBANG-SEMBANG SUKAN :
Perlawanan yang sungguh mendebarkan. Datuk Lee Chong Wei terlepas peluang meraih kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan Badminton Dunia di Arena Wembley sebentar tadi apabila kalah tipis di tangan pemain dari Cina, Lin Dan dengan keputusan 22-20, 14-21, 21-23
Apapun, sekalung tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana telah mengharumkan nama Malaysia di dalam sukan badminton. Tak ada rezeki Chong Wei nampaknya. - IBM
Sementara itu di kejohanan Squash terbuka Australia, ratu squash negara dan juga pemain no 1 dunia muncul juara........
WAJAH-WAJAH JUARA TERBUKA AUSTRALIA... .Nicol David (kiri) dari Malaysia dan Ramy Ashour dari Perancis bergambar bersama-sama trofi masing-masing selepas merekodkan kemenangan dalam perlawanan akhir Kejohanan Skuasky Terbuka Australia di Canberra, Ahad. Ashour menewaskan Nick Matthew dari England, 12-14, 11-6, 10-12, 11-8, 11-4 dalam perseorangan lelaki manakala David mengalahkan Jenny Duncalf dari England, 11-8, 11-4, 11-6 sekali gus menjuarai perseorangan wanita. Tahniah Nicol!!.
No comments:
Post a Comment