PERJANJIAN PERDAMAIAN MALAYSIA – INDONESIA
TARIKH PERISTIWA : 11.08.1966 |
Pada hari ini 11.8.1966, Perjanjian Damai Malaysia-Indonesia telah ditandatangani di Jakarta. Kerajaan Malaysia telah diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abd. Razak manakala Indonesia diketuai oleh Tun Adam Malik merangkap Menteri luar Republik Indonesia. Perjanjian ini adalah merupakan lanjutan dari perjanjian Bangkok dalam usaha untuk menamatkan perbalahan kedua-kedua buah negara akibat perselisihan faham tentang penubuhan Malaysia. Rombongan dari Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah sampai ke Jakarta pada 10hb. Ogos, 1966 dan disambut baik oleh Rakyat Indonesia. Usaha perdamaian ini adalah usaha dan kerjasama bersama kedua-kedua buah negara yang berasal dari satu rumpun, mempunyai kebudayaan yang serupa dari segi sejarah malah sedarah sedaging. Setelah kedua-kedua pihak berbincang, butir-butir perjanjian pun dipersetujui. Butir-butir perjanjian itu ialah:-
Dengan penurunan tandatangan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak bagi pihak Malaysia dan Menteri Luar Indonesia Tun Adam Malik bagi pihak Indonesia pada hari ini dalam tahun 1966, maka tamatlah perselisihan faham di antara kedua buah negara dengan rasminya. Persetujuan ini juga telah menghidupkan semula Perjanjian Persahabatan yang terdahulu dibuat pada 17 hb. April 1959 setelah terbeku beberapa ketika semenjak 1961. Berikutan dari perjanjian ini, pada 12hb. Ogos, Rombongan Persaudaraan Republik Indonesia yang diketuai oleh Menteri Luar Tun Adam Malik, datang melawat Malaysia untuk menjalinkan kemesraan. Rombongan beliau disambut dengan meriahnya oleh ribuan rakyat Malaysia. |
No comments:
Post a Comment