[DARI MEJA IBM] :
Assalam Mualaikum w.b.t Salam Aidilfitri Salam Ukhwah dan Salam Sejahtyera kepada semua
31 OGOS
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Tarikh Peristiwa : 31.08.1957 |
Pada hari ini dalam tahun 1957, tepat detik 12.00 tengah malam, Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur bergemuruh dengan laungan “MERDEKA”. Laungan yang penuh bersemangat itu berikutan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Keesokan harinya tepat jam 9.30 pagi, Perdana Menteri yang pertama telah mengisytiharkan kemerdekaan ibu pertiwi ini menurut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pengisytiharan tersebut telah dibuat dihadapan 20 ribu rakyat beserta Raja-rajanya dan perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel serta negara-negara asing lainnya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Di akhir pengisytiharan itu , Tunku meneriakkan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali dan disambut oleh rakyat yang hadir dengan penuh bersemangat. Serentak dengan itu bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu Negaraku yang buat pertama kali diperdengarkan. Ia diikuti pula dengan seruan azan dan meriam seratus satu das. Maka, berakhirlah episod duka rakyat yang selama ini hidup di bawah cengkaman penjajah. Seharusnya kepayahan hidup yang telah dilalui oleh orang terdahulu menjadi pengajaran kepada generasi sekarang agar berusaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. |
~ SALAM AIDILFITRI SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN, MOGA CERIA SELALU. SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM ~
No comments:
Post a Comment