Pages

Wednesday, August 3, 2011

Janji kosong dan kelentong Anwar sebelum dipenjarakan..

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Bohong, kelentong dan berlakun dah menjadi ULAM bagi si pengkhianat bangsa ni. Kalau sehari dia tidak menipu, bukan Anwar namanya. Pemberian Subsidi adalah janji terbarunya kepada rakyat jika Pakatan Rakyat (PR) perintah negara.

Memikirkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) semakin merosot, tiada jalan lain bagi PR selain menabur janji kosong. Mereka menekankan kepada isu subsidi yang lebih efisien dan akan melaksanakan sistem pemberian subsidi ini terus kepada rakyat sekiranya mereka berjaya menjadi (menubuh) kerajaan dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Janji-janji kosong ini di buat oleh ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana katanya terdapat didalam program subsidi Belanjawan 2011 PR dan akan dinikmati terus oleh rakyat dengan tidak melalui orang tengah, kononnya le. Dan sistem yang akan mereka laksanakan itu berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang di praktik oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana ianya lebih menguntungkan pihak-pihak tertentu. Lantak ko le Nuar oii. Janjilah selagi ko boleh janji. Yang menuntut nanti ialah rakyat....tapi ko tak lama lagi dah nak masuk, macam mana tu? Hehehe..janji-janji kosong dari Anwar. - IBM
Janji tersebut dibuat semasa Anwar mempengerusi Rundingan Ekonomi Buku Jingga diantara wakil-wakil rakyat PR dengan ahli ekonomi, pengnalisi pasaran, aktivis pekerja, pengguna dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam.

Dan....Anwar pernah juga berjanji akan menurunkan harga minyak sekiranya dia berjaya ke Putrajaya. Tapi...persoalannya bila? takkan bila dia dah ke dalam pun dia masih boleh janji turunkan harga minyak?...fikir-fikirkanlah sendiri...semuanya ini adalah sebagai janji katun dan omong-omong kosong dari seorang manusia yang tarafnya seperti Dajal. Hehehe..maaf le kasar sikit. Nanti kurang pulak pahala puasa tu.

No comments:

Post a Comment