Pages

Monday, August 8, 2011

Kontrovesi Serbu Gereja, Kerajaan Khalid gagap terus di bidas

DARI MEJA IBM] :
Assalamua'laikum w.b.t salam ukhwah, salam Ramadhan dan salam sejahtera kepada semua

Kontrovesi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu gereja di Damansara Utama baru-baru ini terus mendapat perhatian dari berbagai masyarakat dan orang ramai.

Menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau lebih di kenali dengan panggilan Khalid gagap mengambil keputusan untuk menyelesaikan kontrovesi ini selepas Hari Raya. Katanya beliau ingin bertemu dengan Jais dan pihak gereja unutk mendengar dari kedua belah pihak, dan mahu media menghentikan sebarang spekulasi mengenai isu tersebut juga mengenai kedudukan Datuk Dr. Hasan Ali yang memegang portfolio Pegawai Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat istiadat Melayu dan kemudahan awam Selangor. Wow!..panjangnya.

Namun ada sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan Khalid yang memohon maaf kepada pihak gereja diatas tindakan Jabatan Agama Islam Jais (JAIS) menyerbu gereja tersebut.

Antara yang mempertahankan tindakan JAIS ialah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib. Ikuti apa kata beliau.....
Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas

Katanya, tiada guna kewujudan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seandainya jabatan terbabit tidak dapat melaksanakan tanggungjawab bagi mencegah umat Islam di negeri itu daripada melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut beliau lagi, tindakan Jais menyerbu gereja di Damansara berdasarkan peraturan dan undang-undang Islam kerana Jais berhak bertindak sedemekian. Jadi, kenapa harus dipertikaikan?...itu kena tanya si Khalid gagap, dia ada jawapannya.

Sementera itu Perkasa, melalui Setiausahanya menyokong tindakan Hasan Ali......

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga menyokong tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia untuk dipecat bagi memastikan Islam dapat dipertahankan selepas beberapa pihak mempertikaikan kenyataan beliau yang menyokong tindakan JAIS.

Syed Hasan Syed Ali, Setiausaha Perkasa menyokong tindakan Datuk Dr Hasan yang sanggup dipecat demi mempertahankan akidah Islam. Dan beliau juga berharap ianya tidak berulang seperti kegagalan dalam menanangi isu rampasan minuman keras pernah berlaku di Shah Alam.

INILAH AKIBATNYA JIKA TERLALU MENDENGAR DAN MENGAGUNG-AGUNGKAN RAKAN KONGSI MEREKA, DAP. TELAH JELAS DAN NYATA KERAJAAN KHALID GAGAP TELAH GAGAL MENTADBIR NEGERI SELANGR DENGAN BAIK. DIA TIDAK MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN, SEBALIKNYA DAP YANG LEBIH BERKUASA DAN BERSUARA. KEPADA RAKYAT SELANGOR, LIHATLAH, FIKIRLAH, MENTERI BESAR YANG MACAMANA MENERAJUI NEGERI SELANGOR INI? MEMANG DIA LAYAK DIGELAR MENTERI BESAR KEPALA. MAKA....TOLONG...TOLONG...JANGAN BUAT SILAP LAGI DI PRU KE 13 NANTI......HARAP SEMUA FAHAM YE!...IKHLAS DARI : IBM

No comments:

Post a Comment